Posts

Showing posts from November, 2011

PINGAT EMAS SUKAN SEA UNTUK BOLASEPAK

Peteh Malaysia Peteh - Ganu Gomo Malaysia Gomo - Klate Enjut Malaysia Enjut - Johor Hobin Malaysia Hobin - N9 Kejor Malaysia Kejor - Perak Haria Malaysia Hari - Penang Pulun Malaysia Pulun - Kedah Encang Malaysia Encang - Sarawak Malaysia Tatap - Sabah Ligan Malaysia Ligan - Perlis Gegau Malaysia Gegau - Melaka Viva Malaysia - Selangor City Boys Malaysia - Kuala Lumpur Ghempuh Malaysia Ghempuh - Pahang FAKTA: 1. Pasukan malaysia satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan pada Sukan SEA kali ini. 2.Pasukan malaysia merupakan pasukan 1 Malaysia, dgn adanya orang Melayu,Cina dan India. 3. Pasukan malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang dpt naik 'barakkuda' untuk pergi dan balik dari stadium. 4. Pasukan malaysia ialah satu-satunya pasukan yang dpt kalahkan Indonesia pd SEA Games kali ini. Apa lagi yang satu-satunya pasukan Malaysia ada???......

Tarikh keramat 11.01.11

KATA orang tarikh cantik senang hendak diingat. Benarkah itu saja yang dimaksudkan atau ada simbolik di sebalik pemilihan tarikh tersebut? Tarikh lahir misalnya adalah sesuatu yang sudah ditentukan dari azali. Namun, bagi yang melahirkan anak secara pembedahan kadang kala berpeluang merancang dan memilih tarikh untuk melahirkan bayi mereka. Untuk peristiwa bersejarah pula terutamanya hari pernikahan memang menjadi lumrah bagi sesetengah pasangan memilih satu tarikh yang menarik, bermakna serta mudah diingati semua. Trend memilih tarikh yang cantik memang semakin popular apatah lagi apabila nombor yang dipilih berganda seperti 11.11.11 yang jatuh pada hari ini. Selain mudah diingati, nombor tersebut juga tampak eksklusif pada pemiliknya dan seakan memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah golongan yang sentiasa berada di hadapan atau nombor 1. Pada kaum Cina pula, pemilihan nombor amat penting kerana mereka mempercayai ia berkait rapat dengan untung nasib seseorang. Semua ini hanyala

Hari Raya Aidiladha

Apa khabar? Baik? Hebat? Sangat hebat? hehe, suka hati lah... tak nak campur ! ^_^ Ok, dalam email ringkas ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan, selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ini ada buat korban ke? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau, takde, boleh pasang niat. Niat pergi haji satu. NIat buat korban satu. Owh ye, disebabkan hari ini ramai nak balik kampung, saya ingin berkongsi beberapa tip beraya orang-orang kaya. #### Sebelum bertolak #### Orang-orang kaya, sebelum bertolak, akan baca doa naik kenderaan. Disamping, menjadi pelindung kepada diri dan keluarga, insya Allah, boleh melindungi kenderaan. Kalau rosak, keluar duit woo.... Doa naik kenderaan, boleh search dekat google :). Satu lagi, ialah, doa tinggalkan rumah. Mudah sahaja doa dia. "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaMu". Insya Allah, terpelihara rumah kita daripada kecurian dan bencana. Maklumlah, sekarang ni, ada pagar mahal dan sekuriti mantap pun, belum tentu dapat terhindar daripada ke