Thursday, December 1, 2011

LHDN Buat Bayaran Bantuan Kewangan 500 Ringgit Kepada Isi Rumah Berpendapatan Bulanan 3 Ribu Ringgit dan Ke bawah ...

LHDN Buat Bayaran Bantuan Kewangan 500 Ringgit Kepada Isi Rumah Berpendapatan Bulanan 3 Ribu Ringgit dan Ke bawah

Sumber Rujukan: LHDN Buat Bayaran Bantuan Kewangan 500 Ringgit Kepada Isi Rumah Berpendapatan Bulanan 3 Ribu Ringgit dan Ke bawah.....
Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 Dan Cara Memohon
Bagaimana nak dapatkan Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 ? Cara²nya mudah sahaja. Hanya perlu download atau dapatkan dari sumber² yang dinyatakan di bawah. Tapi sebelum tu. Sila pastikan hanya yang berpendapatan isi rumah RM3000 dan ke bawah sahaja layak untuk memohon dan menerima bantuan rakyat RM500 ini.


Sumber Rujukan: Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 Dan Cara Memohon
Maksud 'isi rumah yang mempunyai berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000' ialah jumlah keseluruhan hasil pendapatan bulanan ke semua ahli² di dalam rumah tersebut adalah tidak melebihi RM 3000. Jadi sekiranya, kurang dari RM3000. Keluarga tersebut layak untuk memohon bantuan kewangan isi rumah RM500 melalui borang pemohonan yang disediakan.

Borang kewangan isi rumah RM500 ini akan mula dikeluarkan mulai bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Borang tersebut boleh diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan ataupun muat turun (download) menerusi website LHDN ataupun di dalam akhbar² tempatan.

Selain itu, LHDN juga turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar² layak untuk menerima bantuan tersebut. Bagi yang telah mendaftar denganpangkalan data e-kasih ini. Saya rasa tentu tak payah nak isi borang bantuan kewangan isi rumah ini. Sebab semenangnya memerlukan bantuan tersebut. Apa² pun, sila rujuk kepada pegawai² JKM untuk makluman lanjut.

Panduan Pemohonan Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bagi Keluarga Pendapatan RM3000 dan ke bawah

1. Dapatkan borang bantuan isi rumah mulai Disember 2011 menerusi;
* muat turun (Download online) dari Website LHDN
* Pejabat² LHDN berdekatan
* Disiarkan di akhbar² tempatan

2. Isi borang bantuan tersebut dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. LHDN akan membuat semakan samada pemohon tersebut benar² layak untuk menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut. (Harap² pegawai LHDN akan turun padang untuk membuat semakan. Kalau harap kat sistem je. Sah² banyak yang tak betul.)

4. LHDN akan mengeluarkan surat jawapan samada permohonan tersebut berjaya atau tidak.

5. Wang bantuan isi rumah RM500 akan dimasukkan (kredit) ke dalam akaun bank pemohon mulai Januari 2012

Cara² (option) lain;
* Daftar dengan E-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat secara Online

Bagi yang masih tak berapa pasti bagaimana nak mengisi borang bantuan isi rumah RM500 ini, sila dapatkan bantuan dari kakitangan pejabat LDHN berdekatan.
Related Posts With “Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 Dan Cara Memohon”



Sumber Rujukan: Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 Dan Cara Memohon

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT
1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off,
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos
sara hidup rakyat.
2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama
ibu bapa;
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai
tanggungan; dan
 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai
RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk
tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati
secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan
Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan
Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta
pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah
yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6
bilion.
Kementerian Kewangan Malaysia
30 November 2011