MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Rasa-rasanya berapa ramai kaum Adam yang tak merokok depan family yea.....? Hisap rokok hembus sana sini....persekitaran tercemar dengan asap dan habuk rokok yang bersepah.... Undang-undang di rumah aku dilarang menghisap rokok di dalam rumah dan di dalam kereta...sebabnya aku tak suka, tak suka, tak suka (berapa banyak kali tak suka nie)
Agak-agak berapa ramai yang takut dengan imej pada kotak rokok??? jawapannya ada pada diri sendiri,,,,bila dah sakit keluar masuk hospital baru nak bertaubat atau tau buat...!!! Ubat bantuan berhenti merokok Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah. Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.". Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%. Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BOUaqtN
Gambar menunjukkan kawasan dalam otak yang menyebabkan seseorang merasa ketagihan. Gambar oleh: treatobacco.net Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BP3LCO6
Gambar menunjukkan pelekat nikotin pada kulit lengan Gambar oleh: Wikipedia. Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BPD9cDg

Comments

Popular posts from this blog