Tuesday, October 23, 2012

Cara Untuk Mengelak Disihir Atau Disantau Melalui Makanan

DALAM sebutan rumi : ” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.
Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..
So kita hendaklah sentiasa berwaspada selalu sebelum makan makanan tertentu di tempat persinggahan atau makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir ini..
Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.