Monday, October 15, 2012

PETUA MODEN - ELAK PERUT BUNCIT

Petua Moden Untuk Wanita Elak Perut Buncit
1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah samaada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
p/s : Dipetik dari Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Sesiapa yang rasa perutnya makin naik tu cuba cara senaman dan petua di atas...dah berjaya...boleh kita citer-citer kat sini...ahakss.....