Sakit Kepala

Dah 2 hari kepala aku sakit, tapi semalam aku dah tak tahan lagi. Selepas aku balik keje sampai rumah terus lelapkan mata untuk redakan kepala aku yang sakit bagai nak pecah nie.
'ubat sakit kepala'
'ubat pening'
'ubat tahan sakit'
Tup-tup dah pukul 5 petang, ohhh lamanya aku terlelap sebab sakit kepala yang teramat sangat. Lepas maghrib terus aku pergi ke Klinik Zara untuk berjumpa dengan doktor dan rawatan di sana. Tekanan darah ok. Doktor nak beri aku satu suntikan, tapi aku tak mahu sebab (aku lebih suka makan ubat). Bila dah makan ubat rasa lega sikit sakit kepala nie.
Punca sakit kepala mungkin dari stress, migrain, gastrik atau yg sewaktu dengannya...itu yang doktor beritahu aku.
'Bila dah sakit nie baru aku kena fikirkan masalah kesihatan yang perlu dijaga bila umur semakin meningkat dan kesannya sudah tentu memudaratkan'

Comments

  1. yer ler tapi doktor nie lelaki muda lagi, ini klinik baru, harga ubatnya berpatutan...support ler kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog