Aaron Aziz & Nora Danish Tepati Ramalan Di Malam Shout Awards 2012



Aaron Aziz & Nora Danish Tepati Ramalan Di Malam Shout Awards 2012

Ramalan siapa? Ramalan anda semua akan dua kategori yang kami paling peduli. Ya, kami mengamalkan diskriminasi untuk kategori di malam Shout Awards 2012. Heh.
Aaron Aziz berjaya membawa pulang Hot Guy Award dan Nora Danish berjaya bergelar Hot Chick selepas berakhirnya majlis anugerah yang berlangsung di Sunway Lagoon itu.
Penyanyi kesayangan ramai, Yuna berjaya membawa pulang dua anugerah malam tadi iaitu Popstar Award & Wired Celebrity Award menerusi akaun Twitter rasmi beliau.
Zizan Razak juga mengetuai senarai pemenang dengan dua anugerah — Favourite TV Personality Award & Best On Screen Chemistry Award bersama Johan Raja Lawak.
Penyanyi yang semakin di’hargai, Shila Amzah terus memungut anugerah di negara sendiri dengan menggondol Power Vocal Award. Siapa boleh sangkal kemenangan beliau?
Senarai penuh pemenang boleh anda lihat di laman rasmi Shout Awards 2012 — dan berikut adalah gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang majlis berlangsung.Enjoice!

Sumber  :  Rotikaya

Comments

Popular posts from this blog