Tuesday, November 27, 2012

APEK MENAFIKAN KEKALAHAN BOLA SEPAK DISEBABKAN PERSIAPAN PERKAHWINANNYA

Rata-rata di dada akhbar dan bloggers masih lagi menceritakan kisah aib kekalahan bola sepak  Piala AFF SUZUKI 2012 dengan Singapura. Kekalahan sebanyak 0 - 3 kepada Singapura menjadi titik tolak kepada cakap-cakap peminat mengenai prestasi team bola sepak dengan jurulatih Datuk K. Rajagopal. Termasuk kata-kata sinis terhadap penjaga gawang team bola sepak Khairul Fahmi Che Mat (APEK) yang menyatakan kekalahan disebabkan persiapan perkahwinan beliau dengan Leuniey.
Dalam Kosmo hari ini  Apek mengakui kekalahan disebabkan beliau tetapi tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan beliau yang dijangkakan pada 28/12/2012. Persiapan perkahwinan beliau setaraf dengan selebriti terkenal. Apa pun alasannya semoga team Harimau Malaya kita mendapat kemenangan dengan Laos pada hari Rabu ini.