Friday, November 16, 2012

REMY ISHAK DAN KEKASIH BARU....?

Kalau sudah bergerak solo, memang setiap gerak geri menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika timbul gambar meragukan sebegini. Nama pun selebriti ‘kan?
Menerusi mStar Online, seorang peminat mengirimkan sekeping gambar Remy Ishak bersama seorang wanita yang tidak dapat di’kenalpasti identiti sebenar beliau.
Namun Remy Ishak pantas menafikan wanita itu sebagai kekasih beliau sebaliknya menganggap beliau mungkin peminat fanatik yang sekadar bergambar bersama.
“Wanita itu mungkin peminat atau rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo,” ujar Remy Ishak baru baru ini.
Remy Ishak sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan Maya Karin selepas sah berpisah dengan Tiz Zaqyah tetapi beliau menegaskan yang dirinya sehingga hari ini masih solo.
“Sekarang ini memang saya tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan,” tambah Remy Ishak lagi.
Sumber: Rotikaya.com
p/s : saya peminat setia Remy Ishak (Orang Melakakan....)