Wednesday, December 12, 2012

BEKAS PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENINGGAL DUNIA


Teringat aku semasa zaman sekolah dulu dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah wajah ceria dan bersahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini bila mengumumkan tarikh puasa dan tarikh hari raya.....
Wajah beliau amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan rasa tak sabar-sabar bila pengumuman tarikh nampak anak bulan diumumkan di kaca tv kita.......



Namun wajah bersahaja tersebut tidak akan kita tengok lagi bila diumumkan bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80 tahun, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. 
Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya, AMIN..........

Sumber  Bernama