Friday, December 14, 2012

Lori Hantu Atas Lori....

Siapa yang tak pernah tengok lori hantu....?
jom tengok picture kat sini...
Lori hantu atas lori ....


Picture closed up lagi....
Picture nie diambil semasa lori hantu melalui depan office aku tengahari tadi...
Sekali pandang patut pun macam hantu sebab tak der cermin muka...tu yang bolos jer depannya....

Dari sumber wikipedia :
Lori hantu merujuk kepada lori yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah, dan hanya boleh digunakan di tapak pembinaan. Lori biasa yang telah mati cukai jalannya tidak dipanggil sebagai lori hantu. Lori hantu ini tidak dibenarkan menggunakan jalan raya sama sekali.
Pada kebiasaannya, lori hantu ini tidak begitu sempurna bentuknya, kerana ia hanya untuk kegunaan di tapak pembinaan, dan tidak memerlukan peralatan yang lengkap. Sebagai contoh, ia mungkin tidak memiliki pintu dan/atau cermin hadapan. Lori hantu juga pada asalnya adalah dari lori yang digunakan pada zaman pemerintahan Jepun,ianya merupakan sebuah lori yang amat kuat untuk mengangkut atau menarik barang seperti kayu balak dan sebagainya.