Monday, December 3, 2012

Penswastaan Zoo Melaka

Kerajaan negeri ambil alih pengurusan Zoo Melaka untuk penswastaan.
Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan Zoo Melaka dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi tujuan penswastaan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata inisiatif penswastaan yang akan dikendalikan syarikat Wildlife Productions Sdn Bhd, Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) dan Koperasi Hang Tuah Jaya itu bertujuan menjadikan Zoo Melaka antara destinasi pelancongan terbaik di negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat persetujuan lisan berhubung pengambilalihan tersebut daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kini menunggu pengesahan lanjut.
"Walaupun Zoo Melaka adalah antara zoo terbaik di Malaysia dengan jumlah kutipan tiket mencecah lebih RM3 juta setahun, namun kita jangkakan langkah penswastaan ini mampu menjadikan ia lebih berdaya maju berbanding yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah tersebut juga diharap dapat mempelbagaikan pelaksanaan program menarik bagi tujuan promosi seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung ke zoo tersebut.
Mohd Ali berkata pihak pengurusan baru zoo berkenaan akan menguna pakai kaedah pengurusan Zoo Singapura yang menjadikan zoo tersebut terkenal di seluruh dunia.
Beliau berkata kesemua petugas kontrak zoo tersebut akan diserap menjadi petugas kontrak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebaik proses pengambialihan dan penswastaan itu bermula.
Sementara itu, beliau berkata melalui penswastaan itu juga nama Zoo Melaka akan ditukar kepada 'Melaka Zoo and Night Safari' sebagai antara usaha penjenamaan semula.
Jelas Mohd Ali dengan penswastaan tersebut, Zoo Melaka tidak akan lagi menerima subdisi berjumlah RM4 juta dari Kerajaan Persekutuan sebaliknya sumber kewangannya bergantung kepada penjualan tiket.
- Bernama — at Zoo Melaka.
MELAKA: The Melaka government will take over the Melaka Zoo management from the Wildlife and National Park Department, the latest by end of this year for privatization purposes, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said yesterday.
He said the privatization initiative, to be handled by Wildlife Productions Sdn Bhd, Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) and Koperasi Hang Tuah Jaya, was aimed at making the zoo among the best destinations for tourists in the state.
The Natural Resources and Environment Ministry, he said, had verbally agreed to the privatisation plan.
"Although the Melaka Zoo is among the best zoo in Malaysia with ticket collection amounting to more than RM3 million a year, the privatization move is capable of making it more viable, he told reporters after chairing the state executive council meeting here.
Following the privatization, Mohd Ali said the Melaka Zoo would cease from receiving the RM4 million subsidy from the federal government.
From then on, its revenue will depend on ticket sales, he added.
He said the zoo would also be rebranded and would be known as 'Melaka Zoo and Night Safari'.
After the privatisation process, the existing zoo staff would be absorbed as contract employees with the Hang Tuah Jaya Municipal Council, he added.
Harga tiket ZOO MELAKA sekarang RM 10.00 (dewasa) RM 5.00 (kanak-kanak)
Harga tiket ini berbaloi dan murah berbanding dengan ZOO NEGARA atau ZOO TAIPING.
(selepas penswastaan semula dan penjenamaan tak tahu ler lagi harga tiket yang sebenarnya nanti....)