Friday, September 28, 2012

SAMBAL JAWA

Minggu nie aku asyik tefikir bila nak buat sambal goreng jawa. Semalam selepas balik keje aku singgah di pasar mini nak beli belacan, belacan perlu ada untuk buat sambal jawa kalau tak der tak sedap ler rasanya.
Inilah caraku....
Bahan-bahannya:-
sedikit belacan
3 ulas cili merah
8 ulas cili padi
1 ulas bawang besar ( bawang merah pun boleh )
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
(potong semua bahan di atas) @ blender (terpulang ler...)
garam, gula, minyak
Cara-caranya :- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng.
Masukkan cili merah,cili padi goreng sehingga garing.
Selepas tu masukkan bawang besar, bawang putih dan belacan, goreng lagi sehinnga mesra (sebati ler).
Masukkan tomato last sekali masukkan garam dan gula (rasa ikut cara masing-masing) Dah siap.....senangkan....
Sambal jawa enak dimakan dengan nasi panas-panas bersama tempe..pergghhh sodap.....

Thursday, September 27, 2012

ULTRAMAN TARO

Tiap-tiap petang sampai jer di rumah mesti dipasang citer ULTRAMAN TARO.... Masukkan dvd...jeng-jeng...start ler lagu ULTRAMAN TARO..si abang suruh adik menyanyi sama lagu intro ni...tak tahu ler konsonan betul ke tak janji ada bunyi he he he...
Semalam aku sempat tengok curi sekejap siap upload gambar hero ultraman lagi...
Mama, mama,.. kejap lagi keluar si hero Ultraman Taro...tunggu ler kejap,,,(bila nak kuar Ultraman Taro nie, cepat ler nak masak lol...)
Laa....banyak Ultraman Taro yang mana satu nie, rupa-rupa nie adik beradik dia ler mama,, kata si abang...
Hero
raksasa
Teringat citer Ultraman Taro dah ada pada zaman aku kecik lagi....

Wednesday, September 26, 2012

ZELLO

ZELLO merupakan satu penyampaian informasi macam 'walkie-talkie'....
ZELLO satu bentuk komunikasi dengan rakan-rakan anda dan group secara pantas di mana saja...
ZELLO digunakan menggunakan rangkaian internet dan PC. Hanya penggunaan handphone Blackberry, android, I-Phone dan yang sewaktu dengannya saja yang boleh uploadkan aplikasi ini. Penggunaan aplikasi ini dapat membuat channel sendiri dan dapat berkomunikasi dengan ahli group.
Contohnya :- Berkongsi maklumat melalui group tersebut :-
i) STATUS TRAFIK 1MALAYSIA
ii) PENYINGKAP FAKTA
iii) INFORMASI UTARA SELATAN
Perkongsian fakta dalam penggunaan ZELLO haruslah berhemah dan penyampaian yang sopan sebab ramai orang akan menggunakan aplikasi ini.
Pilihlah channel yang berhemah dan berinformasi.

ZOOM IN.....

Teknik mengambil gambar yang cantik dengan penggunaan kamera yang sofistikated amat diperlukan bagi menghasilkan zoom in yang natural.....
TQ..... ( photographer Encik Nazuan Rooslan di atas izinnya untuk uploadkan picture view yang natural)....Interested boleh like di FB Nazuan Rooslan

Monday, September 24, 2012

LESEN MEMANDU

Opppsss....siapa tak der lesen memandu cuba angkat tangan....JANGAN angkat kaki ( tapi kalau nak angkat ada aku kisah...)
Kalau dah tak der lesen memandu tu cepat-cepat ler pergi kelas memandu...susah sangat ker??? oppss belum cukup umur...? Salah siapa kalau memandu tiada lesen dan di bawah umur lagi... Nak salahkan diri sendiri yang berani mengambil kunci kenderaan (kereta @ motor), salahkan mak bapak yang mengizinkan anak membawa kenderaan @ salahkan pengkuatkuasa (JPJ @ PDRM ) bila kena tahan...hu hu hu....
Abang-abang polis trafik yang hensem.....
Bila dah kena tahan dengan JPJ @ PDRM berbudi bahasa ler sikit minta maaf, jangan kurang ajar dengan pengkuatkuasa...ini tidak bebudak zaman sekarang (dapat yang pelajar sekolah) biadap dengan pengkuatkuasa, so kalau kenderaan dah kena sita (tak der lesen memandu) nak salahkan siapa (kesian mak bapak malu dan sedih)..... Bebudak zaman sekarang berani langgar undang-undang...kalau takut kena tahan jangan ler buat...(iye tak)
Amik ' Lesen L ' dulu yer......

PECAH RUMAH

PECAH RUMAH berlaku di rumah emak aku di kampung..... Penyamun yang macam celaka, lahabau, xxxx telah memecah tingkap bilik air dengan menaiki tangga... Tapi ...ALHAMDULILLAH tiada apa barang berharga yang dicuri tetapi ia menyusahkan kerana terpaksa menanggung kerugian di atas kebodohan penyamun nie..... Penyamun nie sempat minum air lagi....
PECAH TINGKAP DI STORE
PECAH DI TINGKAP TOILET
KEADAAN DI DALAM BILIK
Penyamun nie menyembur sejenis bahan kimia bagi menghapuskan kesan cap jari pada tombol pintu dan di tingkap bilik.
Pihak polis telah melakukan kesan cap jari pada barang-barang tersebut.... TQ kepada pihak PDRM yang segera melakukan siasatan semoga dapat memberkas penyamun tersebut....

Saturday, September 22, 2012

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Rasa-rasanya berapa ramai kaum Adam yang tak merokok depan family yea.....? Hisap rokok hembus sana sini....persekitaran tercemar dengan asap dan habuk rokok yang bersepah.... Undang-undang di rumah aku dilarang menghisap rokok di dalam rumah dan di dalam kereta...sebabnya aku tak suka, tak suka, tak suka (berapa banyak kali tak suka nie)
Agak-agak berapa ramai yang takut dengan imej pada kotak rokok??? jawapannya ada pada diri sendiri,,,,bila dah sakit keluar masuk hospital baru nak bertaubat atau tau buat...!!! Ubat bantuan berhenti merokok Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah. Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.". Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%. Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BOUaqtN
Gambar menunjukkan kawasan dalam otak yang menyebabkan seseorang merasa ketagihan. Gambar oleh: treatobacco.net Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BP3LCO6
Gambar menunjukkan pelekat nikotin pada kulit lengan Gambar oleh: Wikipedia. Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/#ixzz27BPD9cDg

SARAPAN APA PAGI NI...EK

Hari ini tekak rasa nak makan kedai ipar aku kat Ujung Pasir, sana nak makan lontong...lontong dia sedap...marvelous...my hubby makan nasi lemak & roti canai (hai..makan banyak,,,sapa bayar nie...hu hu hu ) kita orang minum teh o suam jer....
NASI LEMAK & LONTONG
Lokasi nasi lemak & lontong di Ujung pasir
Dah selesai makan tokeh dia datang bawa bekalan untuk niaga...(tokeh dia my hubby punya adik ipar) time bayar aku hulur RM 10.00 tapi dia amik RM 5.00 (boleh gitu ek....best..selalu nak gi sini ...he he he ) (My hubby cakap tak kenyang, leh gitu, nak tambah segan kot...wakawaka...) (makan banyak tapi bayar ciput jer....) (picture ehsan dari google, tak sempat nak amik gambar tadi...tq...)

Friday, September 21, 2012

Tempat Pelancongan Menarik Di Port Dickson

Tempat menarik di pantai Port dickson.... Terkenal dengan pelbagai pantainya antara yang popular Teluk Kemang, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Cermin dan banyak suasana pantai yang menarik untuk dikunjungi........ Pantai Bagan Pinang
Pantai Cahaya
Pantai Cermin
Pantai Teluk Kemang
Kemanakah untuk menghabiskan cuti persekolahan ini bersama anak-anak & orang tersayang....? Banyak tempat menarik akan diuploadkan di dalam blog ini.... (tq google for the picture)

Tuesday, September 18, 2012

saja jer....

Dah terlalu lama rasanya tak upload cerita-ceriti di blog yang sangat disayangi nie....bosan tahap gaban,....atau malas nak mencoret apa-apa ehhhhh.... Nie cerita tempat menarik yang ingin sangat aku nak pergi...ke mana ek??? Tanjung Piai di Pontian....ada apa di sana...entah ler...bila dapat pergi nie....!!!
TANJUNG PIAI
SUASANA DI TANJUNG PIAI
LOKASI KE TANJUNG PIAI
(semua picture download dari google) tq...