Wednesday, October 31, 2012

Bunyi Apa Tu...?

Zaman sekarang jarang orang guna lesung batu. Secara sahsiah kalau menggunakan lesung batu yang sepatutnya bawah lesung tersebut di alas dengan kain kalau tidak satu bunyi yang menarik akan keluar. Lebih-lebih lagi kalau di rumah pangsa kalau tak di alas, alamatnya orang bawah akan jerit kat orang atas yang tak reti penggunaannya.
Begitulah juga aku pun dah terkena, orang sebelah rumah menggunakan lesung batu tapi aku rasa tak di alas kot...kuat bunyinya...kalau dulu-dulu aruah makwo (org melaka panggil utk pangkat nenek) dah lama kena marah sebab tumbuk cili tak beralaskan kain.
tumbuk serai
tumbuk cili

SUNRISE

Suasana sunrise di kampung semasa pagi hari raya Aidiladha......
Picture ini diambil dalam beberapa second sahaja dan akhirnya matahari naik tinggi...
p/s : picture kurang jelas maklum ler menggunakan camera hp blacberry....

Monday, October 29, 2012

Puding Jagung & Agar-agar cantik

Hari Raya Aidiladha sudah berlalu....disebabkan busy & line internet yg tak menentu di kampung menyebabkan aku lambat uploadkan blog nie...Dapat juga buat tiga menu pencuci mulut pada raya hari tu...puding jagung, agar-agar & kek batik coklat.
Kek batik tak sempat snap picture...memasing dah tak sabar-sabar nak rasa....
Inilah caraku...
Puding Jagung
Resepi puding jagung:
Bahan-bahan:-
* air 400ml
* susu cair 1 tin
* tepung hoen kwee 1 pek
* gula pasir 2 cawan ( ikut rasa )
Cara-caranya:
# Masak air bersama gula pasir, bila dah sebati masukkan tepung hoen kwee.
# Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau rata.
# Masukkan ke dalam acuan yang cantik, disejukkan barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Agar-agar nie senang sangat buat tapi kena kreatif untuk dituangkan ke dalam acuannya...resepinya tak perlu ler ek...letak kaler merah, kuning & hijau jer tapi jangan lupa letak gula pasir dan kalau nak menarik letak jer apa-apa optional yang anda suka...ok...taraaa....
Agar-Agar
try ler.....

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDILADHA

Saya ucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan taulan, di alam maya & di alam realiti ......
Apa yang kita patut korbankan pada kali ini yea....!
Pada yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang....

akan dikorbankan....

Tuesday, October 23, 2012

Cara Untuk Mengelak Disihir Atau Disantau Melalui Makanan

DALAM sebutan rumi : ” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.
Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..
So kita hendaklah sentiasa berwaspada selalu sebelum makan makanan tertentu di tempat persinggahan atau makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir ini..
Hukum pengamal santau ini adalah syirik dan berdosa besar.

Saturday, October 20, 2012

PANGGILAN MANJA BAGI SUAMI ISTERI

APA PANGGILAN MANJA BILA SUAMI PANGGIL ISTERI THEN ISTERI PANGGIL SUAMI?
"Ada yang panggil sayang, darling, ayah kau, mak kau, papa , mama,ayang, anje dan yang popular panggil abang (biasa jer).....
Macam citer P.Ramlee panggil"mana ayah si......, mana mak si......"
Tapi yang belum kahwin apa hal laks panggil ayang, panggil manja-manja gitu...(belum kahwin boleh ler, bila dah kahwin amik kau...semua melayang....) leh gitu ....!
APA PANGGILAN MANJA UOLLSS UNTUK SUAMI ISTERI MASING-MASING....?
Imej nie tak der kena mengena, tapi ....lawak jer...
suami isteri...
p/s :tq google for picture...

UMBRELLA

WHAT USE UMBRELLA?
PARACHUTE
SIMILAR
KIOSK UMBRELLA
THERE...........
In the studio
" PEPATAH MELAYU SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN "

Friday, October 19, 2012

BUSY JER...!!!!!

WHY I AM BUSY THIS WEEK? WHAT'S UP MISS...!
But I'm not a busy body yeah.....
A few days busy because a lot of work need to compelete..(apply license, go to court [later I story],bla, bla.......
But I not busy this.....
I'm busy this.....
I want to tell uoallss Malacca busy this week many event in Malacca among them fishing competition in Pantai Puteri, bicycle event in Ayer Keroh, event in UTEM,....
Tourist many come to Malacca because Malacca a tourism state receive arrival many guests to tour in historical city...
Sob, sob,....what I'm busy now....?
What do you think?

Tuesday, October 16, 2012

Rasanya siapakah artis cun yang berani terjun ke dalam laut?

Diana Danielle terjun ke dalam laut. Beraninya dia terjun..... Di manakah lokasi nie ek?



p/s : Dipetik dari google....

Monday, October 15, 2012

PETUA MODEN - ELAK PERUT BUNCIT

Petua Moden Untuk Wanita Elak Perut Buncit
1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah samaada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
p/s : Dipetik dari Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Sesiapa yang rasa perutnya makin naik tu cuba cara senaman dan petua di atas...dah berjaya...boleh kita citer-citer kat sini...ahakss.....

Sunday, October 14, 2012

Pusat Pelancongan Di Melaka

Hari ini hari cuti umum bagi Negeri Melaka tapi jatuh pada hari sabtu so tak der yg bestnya (bagi yg tak keje hari sabtu ler).  

Negeri Melaka nie kalau hujung minggu atau ada cuti bersambung Jumaat @ Isnin sure jalanraya mesti jammed sangat-sangat, lebih-lebih lagi jalan menghala ke Bandar Hilir.
So kena tukar laluan dan jangan berani menghala ke jalan yang jammed. (tak nak menyumpah dalam kereta, maklumler orang Melaka)
Bagi orang Melaka macam aku nie dok rumah jer malas nak kuar (cari nahas). Aku tunggu tram yang akan dijangka siap (tak tahu bila ler, sedang dalam proses lagi) merupakan laluan dari Ayer Keroh ke Bandar Hilir. Ini merupakan projek kerajaan Negeri Melaka bagi mengatasi kesesakan yang sering berlaku di laluan pusat pelancongan.
p/s : DATANG LER KE MELAKA BANYAK TEMPAT MENARIK DI SINI....

COOL BLOG YANG YUMMY....

Nie nak citer pasal Cool Blog & budak yg jual cool blog nie.
Tengahari semalam sy pergi ler pasaraya Cowboy dekat Cheng tu, tekak nie terasa nak minum Cool Blog. Budak yg amik order nie suaranya mmg tak keluar atau malas nak layan customer yg agak ramai masa tu...terpaksa ler sy ulang beberapa kali apa yg sy nak order.....
Lama gak tunggu (tak lama pun saja jer wat gempak, coz tgk muka budak jual cool blog tak manis kelat jer)
PERISA COOL BLOG :
* Milk Shake Blog, Coffee Blog, Tea Blog, Oreo Blog, Local Dessert Blog,Yoghurt Blog,Smoothies Blog, Italian Soda Blog, Chocolate Blog,DAN Ice Blended Blog.
* Ada pearls (biji hitam) yang terasa kekenyalan macam chewing gum pun ada.
* Harganya bolehlah tahan,,,berbaloi-baloi......(boleh tahan mahal, sesekali boleh ler)
# KALAU HARI PANAS TEKAK PULAK KERING DAN RASA GATAL NAK MINUM RASANYA COOL BLOG NIE PALING SESUAI UNTUK BASAHKAN TEKAK TU...
# APALAGI BOLEH SERANG COOL BLOG, NOW DAH BERSEPAH KIOS NYA, KAT MANA-MANA PUN ADA EVEN KAT UITM ALOR GAJAH (ADA NAMPAK HARI TU MASA HANTAR ANAK GI TEST TESL)

Thursday, October 11, 2012

Suara Sedap Dan Merdu

Hari nie nak citer pasal suara artis yang lemak merdu (artis lelaki ler). Suara artis yang paling aku suka suaranya ialah...Zamani Slam, Saleem Iklim dan Ameng Spring.
Sekarang nie tengah dengar lagu merdu suara Zamani Slam kat radio...Bagi aku vokal 3 orang penyanyi nie kalau aku dengar boleh tangkap leleh dan lentok
(leh gitu)
.....
Tentu ada rahsia suara penyanyi kesayanganku ini....
ZAMANI SLAM
SALEEM IKLIM
AMENG SPRING
Vokal penyanyi sekarang kalau dengar tak der rasa feeling....(ke laut opss...)
Tapi sayang ada kisah di sebalik penyanyi nie (AMENG + SALEEM),,,....
p/s : picture from google,,...tq

Wednesday, October 10, 2012

EXAM

Minggu nie minggu exam bagi anak-anakku...Alif Hakimi darjah satu ada exam akhir tahun, 'Keep the number one in your hands '. Setengah tahun dia dapat nombor satu (tak sangka), tapi nie berkat main sambil belajar yang dia amalkan. Bila di tanya macam mana exam? Mama...kacang jer, senang jer..(biar betul senang sangat ke soalan darjah satu nie)
Kalau kita tengok buku-buku darjah satu nie, macam buku belajar masa saya darjah empat dulu (boleh gitu)he he he...So zaman dah berubah, budak sekolah makin pandai, umpama semuanya dihujung jari jer...
Kakaknya pulak study di UIAM Petaling Jaya ( Study English Language) pun exam gak this week. Semoga sukses dan do your best...(cita-citanya besar nie, nak further study di UK) semoga dipermudahkan...AMINNNN...

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

1. Apakah AES?
* Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
* Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
* Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
* Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
* Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
2. Kenapa Perlu AES?
* Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
* AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
* Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
* AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
- 24 jam
- Tidak bermusim
- Tiada campur tangan manusia
* Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
* Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.
3. Bagaimana AES berfungsi?
* AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
* Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Memandu melebihi had laju
* Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
* Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
* Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
* Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
* Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
* Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
* Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
* Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
* Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
* Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
* AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
* Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
* Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
* AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
i. Memotong di garisan berkembar;
ii. Memotong di sebelah kiri jalan;
iii. Lebih Muatan;
iv. Potong barisan;
v. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
vi. Penguatkuasaan laluan bas.
5. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?

* Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
* Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
* Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
6. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
* Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira: + 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
+ Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
+ Jumlah pemegang lesen bertambah.
+ Kilometer jalanraya bertambah.
+ Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
+ Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
* Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
* Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
* JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
* MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
* JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
8. Apakah peranan PDRM di dalam AES?
* PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
* Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
* Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.
9. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
* Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
* Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
* Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
* Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.
10. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
* Jumlah kamera speeding 566 buah.
* Jumlah kamera traffic light 265 buah.
* Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
* Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.
11. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES? 

* Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah ‘public outcry’ kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
* AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
* Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
* Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.
12. Bagaimanakan fizikal kamera AES?
* Kamera statik



* Vehicle

* Stand alone mobile unit

Tuesday, October 9, 2012

SAYS

Says ini memang popular dikalangan blogger dan dalam masa 2 hari aku daftar SAYS nie dashboard aku dah ada duit walaupun sikit, jadi ler....
Rezeki sapa nak bagikan...... Apa itu says?? “Get Rewarded for Sharing”. Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 says di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog. Mana-mana pilihan yang mudah dan boleh pilih iklan mana yang korang rasa sesuai untuk dikongsi daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada.
Macam mana nak dapat duit dengan says? Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan says.
1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list says.
2. Klik kat kempen tu.
3. Says akan beri satu link untuk dipromosikan.
4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website says. boleh juga share di group-group yang korang biasa join.
Kalau sesiapa klik iklan tersebut, korang akan dapat RM0.20. Kira oklah selama ini pun kita memang suka sangat share video lagu, artikel, gambar kat facebook kan? Kira berbaloi jugak sambil on facebook boleh dapat income bila kawan-kawan nak klik tengok. Kalau kawan-kawan korang join says melalui referral yang anda promote register sini haaa korang akan dibayar rm5. Cukup jek Rm50 terus boleh cash out. Mudah jer kan nak dapat duit? Siapa nak kasi, so cepat-cepat.....
Bagaimana nak daftar says?
1. klik link ni –> Register http://bit.ly/QR5ff0
2. Klik “http://bit.ly/QR5ff0 ” untuk sign up dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia. lepas tu buka email untuk pengesahan akaun.
3. Dah siap dan korang boleh mula langkah pertama share “SPECIALS” @ kempen iklan sama ada di facebook, twitter, forum, atau di blog.
Setiap per klik korang akan dapat RM0.20-0.40. Kalau rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning says. Setakat RM100 tue pejam mata pun boleh dapat. Sambil online facebook dan twitter boleh la juga share Iklan dari says. Dapat juga income boleh beli barang yang selama ini diidamkan. Baca sini untuk tengok entri says.com yang sebelum ni mana tahu korang boleh lebih faham.
P/s: Pada yang nak join tapi ragu-ragu, dont worry PERCUMA je daftar. Takde perlukan apa-apa modal untuk daftar says dah share iklan says.
Daftar Sekarang ! Link dia kat bawah ni..
Daftar Sekarang ! –> http://bit.ly/QR5ff0 invite me to says :-http://says.com/my/ceritamayapersada/invite

Pra Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei

MSN Sport meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih. 3 hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.
p/s : Dipetik dari portal oh bulan
Pink + Putih = cantik