Monday, December 31, 2012

CUTI TAHUNAN

Dah sampai ke penghujung tahun nie ramai gak yang nak menghabiskan cuti tahunan masing-masing...
Tapi apa yang menjadi kemusykilannya, kalau semua dah amik cuti @ (clear leave) sapa yang buat kerja...?
Contohnya dalam penghujung bulan Disember nie aku ada follow up beberapa perkara dengan goverment sector di PUTRJAYA, contact person yang aku cari tak der ....BERCUTI
So kalau PIC takder, urgent job yang kita nak tanya nak cari sapa???
Bayangkan berapa ramai yang call senasib dengan aku tapi tak dapat satu answer ....so how?
Call orang lain, maaf cik saya tak tahu ...(boleh macam nie..)(lepas geram...)
Next time kalau dah bercuti panjang tu...job kita kena ler bagikan pada kawan-kawan yang tak bercuti...
Macam aku kat office nie kawan aku cuti, tapi keje dia aku take over...kan senang....kalau customer call kita dah ada jawapannya....
Goverment sector macam nie ker...?
Sapa nak jawab...???

syoknya pergi bercuti....tinggalkan kerja...



Perasaan macam nie kot bosan.... sebab tak der jawapan yang pasti......

p/s : picture from google

DILARANG MEROKOK

Kekadang orang tak faham atau buat-buat tak nampak jer signboard
"DILARANG MEROKOK"
Kalau di Melaka banyak tempat-tempat ada zon dilarang merokok, so be careful kalau merokok gak kejap lagi kena ler terima surat saman dari pengkuatkuasa...(berani buat berani ler bayar saman.....)
Di Bandar Melaka banyak tempat yang zon hijau... DILARANG MEROKOK


p/s : Azam tahun baru 2013 patuhilah undang-undang....

Saturday, December 29, 2012

HADIAH BASIKAL

Cuti sekolah hampir ke penghujungnya dan waktu persekolahan akan bermula tidak lama lagi....
Tapi hadiah KECEMERLANGAN anak aku belum beli lagi...
Hari-hari tanya bila mama nie nak beli basikal....?
Sepatutnya dia nak helicopter..(mainan punya yang guna battery...)
2 hari aku survey cari basikal untuk anak aku dan kedai yang last sekali baru ler aku beli ....
 harganya berpatutan dan cantik....
 color hijau metalik.......


Anak-anak sekarang kalau cemerlang dalam pelajaran hadiah yang diminta....
I-pad, I-Phone, Samsung Galaxy, Play Station dan apa-apa lagi gajet yang latest.

Tapi zaman aku dulu arwah ayah aku belikan jam tangan dan basikal....
Anak-anak sekarang beruntung macam-macam gajet yang menarik dan mudah didapati...

ZAMAN DAH BERUBAH......
DUNIA MAKIN MAJU.......

Wednesday, December 26, 2012

“Segmen Eyriqazz : “Ada Apa Dengan Nama Blog?“



Kenapa saya mahu Eyriqazz komen pasal 'Nama Blog Saya' kerana hendak tahu sejauh mana popularnya nama blog saya di mata pembaca dan blogger.....

1. Buat Satu Entri Bertajuk “Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?” dan linkkan ke entri ini
2. Letak Header Blog Eyriqazz.com di entri tersebut
3. Berikan satu Sebab kenapa Anda Mahu Eyriqazz komen pasal “Nama Blog” anda
4. Klik G+ entri iPhone 5 Gadget Impian (angka akan bertambah, currently 280). Kalau dah klik sebelum ini, abaikan langkah no. 4 ini.
5. Done. Tinggalkan permalink entri anda dan No. G+ yang telah anda Klik di entri ini ( Hanya yang menepati semua syarat akan eyriqazz berikan pandangan).
Tarikh Tutup 31 December 2012.
Eyriqazz akan singgahi entri anda itu dan akan eyriqazz berikan pandangan dan pendapat peribadi pasal nama blog anda itu.

Jom join segmen nie yeaahhh....

Back to School Photo Contest


This contest is open to all bloggers who have children under 12 years of the date of entry. During the contest period, share a unique photo of your child dressed in an outfit for school, and you could win total prizes RM100! Briefly tell me what your photo is (such as a paragraph about the photo) in your entry.

Terms and Conditions: 
1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. To enter, participants have to register and provide relevant particulars needed. CLICK HERE!
3. Come back here and leave your permalink (URL) entry in the comment box.
4. Opening date: 25 December 2012
    Closing date and time: 6 January 2013 (11:59 pm)
    Results: 11 January 2013 (10:00 am)


PRIZES

 1 x Cash RM50 + Bag "SUPERMAN" + Stationery Set + Correction Tape + Button

 1 x Cash RM50 + Bag "BEN 10" + Stationery Set + Correction Tape + Button

1 x  CASH RM50 + Bag "BARBIE" + Stationery Set + Correction Tape + Button

9 x Stationery Set + Button

Good Luck!

JOM JOIN SEGMEN ABANG EQBAL NIE.....
PASTIKAN YANG ADA ANAK USIA 12 TAHUN KE BAWAH JER YEA...YANG ADA ANAK KUCING, ANAK TEKAK TAK SESUAIIIII...HE HE HE...


Tuesday, December 25, 2012

Apex & Leuniey menyanyi


Sedap suara Apex & Leuniey menyanyi lagu 
Jo Bhi Kasmein Khaayi Thi Humne  
macam penyanyi hindustan....
Chalo hey....
चलो सुनने








Monday, December 24, 2012

Amalan Pembuka Pintu Rezeki

1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah Al-Waqiah
7. Selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari




p/s : picture ehsan google

Salji Hitam

Cuaca kelam, suram, sejuk dan bersalji....(malaysia tak der)
So, hari nie blog aku ada salji......nampak tak...?
Kalau tak nampak pakai spek putih...
Sebab salji aku warna hitam...
ha ha ha.....




p/s : mood holiday...tapi aku keje...

picture ehsan google 

Apa Dah Jadi Dengan TESCO

Semalam pergi beli barang dapur di TESCO Melaka...
Semasa di kaunter bayaran cashiernya mengira tanda harga @ barcode..(betul tak ayat nie...belasah jer...)
tapi semasa nak masukkan barang dalam plastik....
uoallss tahu sapa yang nak kena masukkan barang dalam plastik.....
customer kay....customer dah jadi pekerja TESCO untuk masukkan barang-barang di dalam beg plastik....
Nak tanya gak, ini  procedure atau memang cashier busy so customer tolong cashier....
he he he....






p/s : picture ehsan google

Langit gelap Hari Ini

Langit gelap dan mendung hari ini...
Kenapa ek...???
Nak kata hujan, tak hujan pun...
Tapi cuaca sejuk, nyaman sesuai untuk keluar bershopping dan berjalan-jalan di tepian pantai menikmati suasana kelam yang indah ini.....


awan berarak mendung





p/s : picture ehsan google
kerja hari ini but boring rasa suasana macam langit kat luar tu jer....kelam...

Saturday, December 22, 2012

Anne Ngasri Telah Selamat Diijabkabulkan




Anne Ngasri telah selamat diijabkabulkan tepat pada jam 11.08am tadi.  Beliau telah bergelar isteri kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO,  Mohd Sumali Reduan, 40,  dengan mas kahwin RM 22.50 bersama hantaran berjumlah RM 11,111.


Sumber : Disinibermula.blogspot

Friday, December 21, 2012

Fourth richest man in malaysia




Top richest Malaysians 2012 and their owned company......
Check it out yeahhh...



















Source : My Channel Network



Motor Takaful


Ini ada contest dari Motor Takaful....
Jom join yeahh.....


We're baaaack. Yeah. And this time we wanna know all about you and your car. What's in your car; what's on your car; where you go with your car; and what you do when you get there.
Take a picture. Tell us a story. You could win great prizes. What are you waiting for?
This is a competition; so make your entry as creative as possible.

Once all the entries are in, they'll be judged by our 4 characters -
Stylo Joe, Sun Shade Soh, Cari Makan man and Ronda Ronda Rina -
as well as a public vote.

It's up to you to challenge your friends and rally support for your entry.
Terms & Conditions apply. Underwritten by Etiqa Takaful Berhad. Copyright © MotorTakaful 2012.

Thursday, December 20, 2012

Kenapa Aku Suka Warna Oren......

Aku memang suka warna oren...kenapa suka...?
Kerana nampak garang, agresif, produktif dan ceria ....



Kenapa jentera berat nie warna oren...?
Ini aku tak tahu kenapa warnanya oren



Warna kereta ini memang aku suka...tapi mahal kereta nie wooiiii....
I like this car...beautiful....

Suzuki Q-Concept mengetengahkan warna oren yang ceria...


Tapi yang sebenarnya kancil aku pun warna oren gak...
U see below....
Pic not clear...my son & my kancil oren 

So apa motif aku story warna oren ...(aku punya suka ler....eeeeeee)
Sekianlah riwayat warna oren aku untuk hari ini.  Ketemu lagi edisi warna oren next time....kay..bye....

Pendedahan Benda Haram Dalam Ubat

Info mengenai benda haram dalam ubat ada di dalam buku bertajuk :
HALALKAH UBAT ANDA






P/s  :  Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau anda boleh layari http://www.halalscience.com untuk maklumat lanjut.

Lirik Lagu Jangan Ada Benci




Kadangkala, apa yang berlaku di luar kemahuan kau dan aku....
Jangan ada dendam di antara kita....

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati

















Kita hanya mampu merancang, tapi hakikatnya tuhan yg menentukan segalanya...
p/s : Antara lirik dalam kenangan....

Misteri mayat berat


TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.
TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.
KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.
Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. 
Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

p/s: Mengikut harian metro ada gangguan makhlus halus semasa proses untuk mengangkat mayat-mayat tersebut....
Oleh yang demikian pihak polis telah menghubungi Imam Masjid Bandar Penawar bagi membantu pihak polis dalam memudahkan proses berkenaan,

Sumber : Harian Metro

Wednesday, December 19, 2012

Suka Pakai Baju Terbalik.....

Kalau diingat-ingat ini bukan kali pertama my hubby pakai baju terbalik....
(dah banyak kali kay..)
Kali pertama memang aku tak perasan semasa di kedai makan sementara tunggu order sampai baru ler aku perasan t-shirt putih (jelaskan) yang my hubby pakai baju terbalik (nge nge nge...kelakar tak)
Apa lagi sebelum order makanan kita orang sampai, my hubby pergi ler tukar kat dalam keter....
Agak-agak orang nampak tak....he he he
Ini kali yang ke berapa aku pun tak ingat berlaku lagi semalam semasa kita orang di dalam kedai 1 Malaysia....
Nasib baik orang tak ramai...t-shirt hitam (tak clear kot may be orang tak perasan)
Selepas pilih barang aku ler yang kena ke kaunter untuk bayar barang-barang yang kita nak beli...
My hubby laju jer keluar terus pergi ke kereta untuk tukar baju sebab lepas tu kita orang nak pergi minum jap....
My hubby selalu pakai baju terbalik nie dalam kondisi baju  sebelah dalam di pakai keluar dan baju sebelah luar dipakai ke dalam... (tak perasan ker darling...)
Ada orang cakap pakai baju terbalik nie nak kena ong @ kena nombor @ ada nasib baik yang datang, tapi tak tahu ler...tak boleh percaya yea........


(malu ahhh....)
picture ehsan dari google

p/s : Justeru itu para isteri pastikan suami anda tidak pakai baju terbalik yea...
but my hubby pakai dalam gelap so I tak perasan because selepas tu dia terus pergi ke kereta...mana wife dia nie nak perasan...(dalam hati tak boleh tahan nak gelak besar...wakawaka...)

AYAM BRAND

JOM DAPATKAN TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA HUJUNG TAHUN 2012 DAN TAHUN BARU 2013 DARIPADA AYAM BRAND

ADA RESEPI LAGI....



fruit cocktail
Sudah hampir 2013, mulakan perayaan! Dengan campuran lazat yang kaya dengan pic pear, nenas, anggur dan ceri. Buah Koktel daripada Ayam Brand™ adalah pilihan sempurna untuk pesta akhir tahun.

Inginkan buah-buahan yang lain? Terokai rangkaian produk
Favourite recipeResipi Digemari

recipe
Ramuan
1 Can Tuna Flakes Omega 3
250g Krim Keju, dilembutkan pada suhu bilik
2 sudu daun bawang, dicincang halus
50g Bawang merah , dicincang halus
1 lemon zest
1/2 Jus lemon Garam dan lada secukup rasa
Cara
1. Dalam pengisar makanan, kisarkan keju dan tuna.
2. Tuang campuran ke dalam mangkuk adunan dan lain bahan-bahan.
3. Tambah garam dan lada secukup rasa dan sediakan dengan roti bakar atau biskut.
recipe
Ramuan
1 tin Ketulan Tuna dalam Minyak Zaitun (dengan minyak)
4 kentang russet/idaho
dikupas dan dipotong ke dalam 1 kiub inci
1 sudu besar serbuk paprika/serbuk cili
2 bawang merah, dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
2 batang ketumbar segar, dicincang
Cara
1.Campur kentang dengan paprika atau cili serbuk.
2.Panaskan 50ml minyak dalam kuali non-stick dan goreng kentang hingga agak keperangan. Tambah bawang dan tuna, goreng hingga kentang cukup masak.
3. Laraskan perasa dengan sedikit garam dan berkhidmat dengan beberapa ketumbar dicincang segar atau pasli.
recipe
Ramuan
1/2 can Tuna dalam Minyak Zaitun (dengan minyak)
1 daun bawang(leek), dihiris
2 bawang, dipotong dadu
1 lobak merah dikupas dan dihiris separuh
250g cauliflower, dipotong kecil
2 sudu besar tepung gandum
500 ml susu
garam dan lada secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk memasakCrumble
12 pcs biskut, dihancurkan
1/2 boleh Tuna dalam Minyak Zaitun (dengan minyak)
2 sudu besar pasli, dicincang
3 sudu besar bawang putih, dicincang halus
Cara
1.Panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang dan sayur hingga sedikit lembut dan perang. Tambah tepung dan goreng selama 1 minit, kemudian perlahan-lahan masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga ia membentuk sos lembut dan berkrim. Biarkan ia reneh selama 3 minit, tambah 1/2 tuna (Dengan minyak), lobak merah dan cauliflower dan tambah garam/lada untuk rasa. Pindahkan campuran ke dalam pinggan baking atau kaserol.

2. Campur semua ramuan "crumble" dan taburkan di atas campuran berkrim. Perlahan, tekan ke bawah dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 20 minit

3. Hidangkan panas dengan roti keras dan salad
Good newsBerita Baik

Kalendar telah dihantar!
calendarTerima kasih untuk sambutan hangat untuk Ayam Brand™ Kalendar Meja! Kerana kalendar adalah terhad, kami hanya dapat menghantar kepada 100 replies pertama.
Sila terus memeriksa e-mel anda, kerana akan ada lebih banyak giveaways pada tahun 2013.
Junior Chefs di T-Garden Cooking School
Ayam Brand ™ adalah penaja untuk bengkel cuti sekolah di T-Garden Cooking School di mana kanak-kanak belajar seni memasak dan baking dalam suasana yang menyeronokkan.
Junior Chef juga pulang rumah dengan hidangan mereka dan hadiah khas Ayam Brand™
T-garden
Sukakan berita ini?
Klik disini untuk menghantarnya kepada rakan anda
kongsi bersama kawan

Sumber : AYAM BRAND


Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang


Selamat pagi uoalllssss.....
Kedengaran agak pelik apabila rahsia besar KFC hanya diketahui oleh 2 orang sahaja....
Tetapi itulah cerita disebalik tabir  realiti sebenarnya....
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”
Sumber : TheGarang.Com

Tuesday, December 18, 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun


 
Bulan Disember 2012 merupakan bulan yang paling banyak segmen bagi blogwalking...
Alhamdulillah semenjak aktif pada bulan September 2012 follower aku dah masuk 14 orang walaupun blog ini dah lama wujud namun tak aktif bergerak...
Namun untuk tahun 2012 target aku mahu mencapai 400 orang follower...(mungkin ke...)
Pertolongan blogwalking amat penting dalam merealisasikan segmen blogwalking ini...
Apalagi jom join entry picture kat atas.....layannnnnnzzzzzzzzz.....

KABEL KUAT

Kalau tak der kabel kuat susah nak dapat kerja sebagai kakitangan dalam sektor awam (keje gomen)
(betul ker...??? )
Dah banyak kali interview tapi nasib selalu tak menyebelahi kita...
Dukacita dimaklumkan anda gagal dalam permohonan sebagai .........
(itu jawapan yang selalu diterima ...)
So apa lagi kerja ler apa yang ada..jangan memilih kerja sangat, zaman sekarang mana yang lebih penting...
kelulusan atau pengalaman...???????

Dalam citer-citer sesama kengkawan,,,susah nak dapat ler...kelulusan ada tapi kabel tak kuat dorang nak guna kabel car macam kat Langkawi tu...bukan kat Genting ok....(ha ha ha...gurau jer...)

Skyway Cable Car Genting Highland



Cable Car Langkawi

" Menurut CUEPACS,  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengurangkan sebanyak 10 peratus pengambilan pekerja dalam sektor awam pada tahun hadapan."Kita ada 50,000 kakitangan kontrak yang masih terumbang-ambing nasib mereka tetapi pada masa yang sama, kita hendak mengurangkan pengambilan kakitangan dalam sektor awam. "

Kesimpulannya kerja sebagai kakitangan awam belum tentu menjamin masa depan kita, kalau jawatan yang diberikan adalah sebagai kakitangan kontrak sahaja.....rebutlah peluang yang ada dalam merealisasikan suatu kehidupan yang sebenarnya.....

Monday, December 17, 2012

Foto anak-anak Mazwin Hamzah

Kenal tak wajah dibawah nun dan ada mirip-mirip siapa? Amy Mastura atau Mazwin Hamzah. Ini adalah salah seorang daripada anak perempuan bekas penyanyi kumpulan Quinary M yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Mazwin Hamzah yang telah berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pengiran Sufri. 


Beliau adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah puteri bongsu kepada Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri yang diputerikan pada 23 April 1992.
Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11 Februari 1987 dengan hantaran perkahwinan satu Juta Ringgit satu nilai yang begitu besar bukan sahaja ketika itu malah kini dan selamanya.
                                                   Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah 

Walaupun bagaimanapun jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, begitulah jodoh Mazwin Hamzah dengan Pengiran Sufri yang berakhri dengan penceraian sekitar tahun 2003.

 Berita penceraian ini begitu mengejutkan  tetapi itulah kenyataannya dan berbagai spekulasi dibuat dan ada menyatakan Muzwin Hamzah berada di Singapura dan menjadi penyanyi disana selepas penceraian tersebut dan berbagai-bagai lagi cerita yang berserabut kepala mendengarnya.

 Hasil daripada perkongsian hidup Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri selama 11 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri, YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah.

                                          

Sebenarnya Mazwin Hamzah masih lagi menetap di Brunei Darussalam bersama anak-anaknya. Ada masanya beliau berulang alik ke Kuala Lumpur - London dan Singapura. 

Beliau menetap di Vila Cinta Membara di Jalan Kustin, Berakas yang merupakan kediaman pertama yang dihadiahkan oleh Pengiran Sufri kepada beliau semasa mula-mula bergelar isteri kepada Pengiran. 

 Sebelum bercerai beliau menginap di kediaman rasmi di Istana Darul Hana dan berpindah ke rumah pertamanya apabila bercerai dengan Pengiran Sufri. 

 Beliau mempunyai sebuah "istana" yang lebih mewah dan besar di Jalan Pengiran Babu berhampiran Darul Karamah yang merupakan kediaman rasmi ayahanda dan bonda YTM Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah tetapi tetap memilih rumah pertamanya di Brunei yang lebih serdahana sebagai kediaman beliau. 

 Hubungan beliau dengan kerabat diraja Brunei masih lagi baik terutamanya dengan KDYMM Raja Isteri yang begitu akrab dan senang dengan beliau.

Saksikan foto anak-anak beliau......



Teringat wajah Mazwin Hamzah yang cute gitu dan suaranya yang manja.....