Monday, February 25, 2013

AKU BAYAR ASTRO GAK...

Aku nak citer satu rancangan yang aku nak tengok sangat semenjak aku baru pasang astro nie iaitu rancangan ' PRIMADONA '
Rasa tak sabar-sabar nak tengok rancangan nie sampaikan hari khamis malam jumaat aku ingatkan rancangan tu di astro prima, tapi rupa-rupanya setiap hari jumaat jam 9 malam di astro prima.
Minggu lepas tajuk tentang 'anak angkat'....
Tajuk yang menarik dan berjaya dikupas tapi kupasannya agak serabut....kenapa aku kata serabut?
Sebab pengacara yang berempat tu yang membuatkan rancangan tu macam kelam kelibut...
Masing-masing nak bercakap dulu, sampai aku pun tak tahu apa pokok soalannya...
Tapi yang paling banyak cakap Kak Engku dan kak Ziela Jalil...
Yang 2 orang tu Che Ita dan Erra Fazira nampak macam vogue jer...(tayang baju ke muka)
Sampaikan my hubby tanya siapa perempuan yang pakai baju nampak lutut dan betis tu...?
Lelaki-lelaki macho di luar sana suka ler tengok rancangan begini.....
Alangkah baiknya kalau pengacaranya berbaju sopan berbaju kurung @ berkebaya...kan nampak 'perempuan melayu terakhir'



Sampaikan my kiddos cakap rancangan apa nie dah siap nak tukar channel lain laks...
Tapi cepat aku caras...kejap....! mama nak tengok apa yang menarik rancangan ' Primadona ' macam diwar-warkan oleh astro...
Apa pendapat uoolllsss.......

MP : Berminat nak tengok lagi....