Saturday, February 23, 2013

JABATAN KASTAM TIADA SISTEM ONLINE



 Aku heran kenapa Jabatan Kastam DiRaja Malaysia tiada sistem online di bahagian cawangannya (Batu Berendam) (tempat lain tak tahu laks...)
Ini betul-betul menyusahkan sebagai seorang pembayar cukai perkhidmatan.
Borang CJP No. 1 sudah diisi dan dibayar semuanya telah selesai pada tahun lepas tetapi surat dari Jabatan Kastam DiRaja Ayer Keroh aku terima buat kali keduanya.....
Tak faham aku kenapa masih lagi tidak menggunakan sistem bayaran online pada setiap cawangan kastam....
Kalau pembayar cukai tak bayar, cepat jer sampai surat peringatan...tapi kalau proses apa-apa dokumen lambat macam naik keter lembu....( ketua tak sign lagi ler...macam-macam)
Sebagai sebuah agensi kerajaan sepatutnya sistem online nie diperluaskan kepenggunaanya supaya pembayar cukai tidak akan dipersalahkan di atas kelewatan membayar cukai dan dikenakan denda.
Karenah birokrasi dalam sesuatu badan kerajaan membuatkan orang ramai akan rasa fed up....


MP : Kastam agensi pengutip cukai tertinggi....dapat bonus tambahan lagi...
         Banyak Kementerian yang reply surat lambat  akan aku ent3 nanti.....