Tuesday, March 12, 2013

10 Briged PARA



BERKENALAN DENGAN...10 Briged PARA

Aktif : 1970an - sekarang

Jenis: Pasukan Infantri Elit Airborne Pasukan Aturgerak Cepat 

Peranan: Serangan Udara. Operasi Pesisir, Operasi Heli, Operasi pendahulu,Serangan, Kemasukan Berpasukan Aras Tinggi

Garrison/HQ: KemTerendak, Malacca

Gelaran: 10 PARA
Motto: Tindak Pantas (English: ACT FAST)
Beret : Beret Maroon, beret Beret Hitam ( Kor Armor shj)
Slogan: Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan (English: No Mission Is Too Difficult, No Sacrifice Is Too Great, Duties Comes First)

Penglibatan: Operasi Astute, MALTIM INTERFET(Timor Timur)
MASMEDTIM (Indonesia), MASMEDTIM (Pakistan), Ops Pasir
Peristiwa Genting Sempah, MALCON - UNIFIL 2007


Komander: Kolonel Rejimen Brigadier General Dato' Suhaimi Mohd Zuki

Asal
Tugas utama 10 Bgd PARA adalah menjadi pasukan penyerang utama negara pd masa peperangan atau kecemasan. Penubuhannya telah dimajukan oleh perancang Dasar Pertahanan Negara pd penghujung tahun 70-an sbg satu usaha memodenkan pasukan ATM. Pd mulanya ia tidak begitu diterima oleh kerajaan kerana kekhuatiran ia akan menimbulkan syak wasangka negara jiran, Singapura. Pada November 1988, Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan bantuan oleh Maldives ketika negara itu diceroboh oleh Tentera Upahan Tamil. Keadaan ini telah mendesak pemimpin negara utk meneruskan rancangan penubuhan satu unit paratrooper dlm Tentera Darat.

Sekali Imbas
• 1988 – satu batalion infantri dari TD iaitu 8 RRD telah dilatih dlm bidang payung terjun dan ditukar dr peranan konvensional mereka sbg batalion infantri kpd batalion payung terjun. Mereka adalah anggota pertama PAC.
• 1990 - 17 RAMD dan 9 RAMD menyertai PAC
• 10 Oktober , 1994 - PM Malaysia, Tun Mahathir merasmikan 1 Bgd Infantri sbg 10 Briged Para.
• Oktober, 1994 - 10 PARA menjalankan latihan gerak cepat disokong oleh Grup Gerak Khas dan PASKAL dan sokongan operasi olehTLDM dan TUDM. Latihan berkisar sekitar senario pengambilalihan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi oleh pasukan asing dgn didahului oleh 8 RRD.
• 11 Mei 2010 – Panglima Tentera Indonesia, Left. General George Toisutta telah dikurniakan beret maroon dan sayap terjun oleh PTD, General Tan Sri Muhammad Ismail Bin Jamaluddin

Identiti
Beret Maroon
Beret maroon yg dipakai oleh anggota briged dikenali sbg Pegasus. Kelaykan utk memakai beret ini adalah dgn lulus kursus asas payung terjun dan seterusnya mengikuti kursus penyesuaian beret Maroon.

Sayap Terjun
Bg anggota Bgd, sayap terjun mereka dikenali sbg Sayap Berdarah

Latihan
Anggota Bgd mesti lulus satu siri Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret maroon dan sayap terjun tersebut. Antara latihan yg terlibat adalah kawad kaki, serangan, pengelakan, abseiling, rappelling, mendaki Gunung Ledang, kemahiran survival , pandu arah, navigasi, pengendalian perahu, berlari dan kemahiran senjata. Kesemuanya adalah utk mempersediakan anggota bg kelayakan terjunan.

Asas bagi Pakar pula termasuk:
1. Tactical Air Landing Operations (TALO)
2. Kursus Payung Terjun
3. Close Quarters Combat (CQC)
4. HALO/HAHO
5. Kursus penembak Tepat
6. Pakar Pemusnah
7. Marksmanship
8. Sharpshooters dll

Persenjataan

Pistol : Beretta M92F/S, Browning HP Mk.3, Colt M1911A1,Glock 26
HK P9S,HK USP9,Sig Sauer P226

Senapang patah : Remington 870

Submesingan : HK MP5SD3

Service Rifles : Colt M4A1, Colt M16A1 Model 653, Colt M16A4
Steyr AUG (tdk lg diguna)

Sniper Rifles : Acc-Int. PM, Harris M-96

Mesingan : FN MAG 58, FN Minimi Mk.2, HK 11A1


Operasi Semasa
Malaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman Pakistan

MASMEDTIM, Kashmir Pakistan

MASMEDTIM, Acheh Indonesia

Ops PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) Malaysia
2006

Ops Astute Timor-Leste 2006

MALCON-UNIFIL, Lebanon Lebanon, 2007–Sekarang

Kejadian Genting Sempah Malaysia 2007


MP : Sumber Dengan Izin  Facebook The Black Daggers  terima kasih kerana berkongsi maklumat ini....