DAPAT SURAT DARI PUSASDA

Hari Jumaat yang lepas balik dari office aku terima sepucuk surat.  Sampulnya color coklat, nampak handwriting kat sampul tu macam kenal jer.....
Rupa-rupanya surat dari anak lelaki aku di Kem PUSASDA Port Dickson....


Teruja jap baca...katanya 11.04.2013 ada ujian pandu arah kat Sepang, lepas itu ada latihan ketabahan diri di PULPAK Melaka, lepas itu ada ujian 15KM dan last sekali medan akhir.
Dalam surat itu dia minta doakan semoga berjaya mengharungi semua ujian & latihan di sana...
Kemungkinan besar perajurit muda akan tamat latihan awal dari yang dijadualkan.
Di sini sebagai ibu tentu akan mendoakan yang terbaik untuk anaknya...Amin...!!!



MP :  Semoga berjaya menamatkan latihan sebagai perajurit muda ATM......

Comments

Popular posts from this blog