Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN DAH DIBUBARKAN HARI INI

Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini 03/04/2013 bersamaan dengan  22 Jamadilawal 1434H oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh yang demikian tarikh mengundi yang akan ditentukan kelak akan ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia bagi memilih pucuk pimpinan yang sedia bertanggungjawab dan berdedikasi.
Nampak gayanya tarikh keramat pilihanraya umum ke 13 tersebut janganlah bertembung dengan tarikh family day yang dibuat oleh kita orang adik beradik nanti.  Pada mereka yang dah tetapkan tarikh perkahwinan, tarikh pertunangan atau tarikh untuk mengadakan majlis tertentu ...pastikan uollss pergi mengundi dan tunaikan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia.....
Ramai kawan blogger yang membuat entry citer parlimen dibubarkan antaranya
Mak Dara, NabilaBiela, Misz-Ella, dan ramai lagi ....



MP : Undi anda tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan sebagai rakyat Malaysia...