Posts

Showing posts from May, 2013

SELAMAT BERCUTI

Image
Cuti hujung minggu ini saya sibuk dengan majlis pernikahan adik lelaki bongsu.  Majlis pernikahan bakal berlangsung di Masjid Sultan Salehuddin di Shah Alam pada 01 June kira-kira jam 2 petang. So, sementara kesibukan saya di hujung minggu ini tak sempat ler nak BW kat uollss.... SELAMAT BERCUTI MP : PICTURE GOOGLE

Tahukah Anda Cara Membuat Karpet Di India

Image
India terkenal bukan hanya dalam hal sejarah dan senibina yang indah, tetapi juga pembuatan untuk karpet buatan tangan. Seni membuat benda - benda interior dimulai sekitar tahun 1500 kerana kaisar Mogul yang telah membuat teknologi karpet tenun dalam budaya menjadi popular. Jom kita tengok betapa telitinya pembuatan karpet buatan tangan melalui gambar yang dipaparkan. Sumber MP : Lebih suka guna tikar buluh.....

MIOR JUARA KONSERT KILAUAN EMAS MUSIM KE 3

Image
Seperti yang dijangkakan Mior Yazid Ahmad, 44 tahun, muncul juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) dan menewaskan tiga pesaing terdekat pada pertandingan akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Konsep rock dan kelantangan dengan  gaya yang dibawakan memikat hati juri dan peminat semua.  Persembahan menyakinkan melayakkannya memenangi hadiah sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000 dan trofi. Malam tadi Mior mendendangkan lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan bertajuk 'Sampai Di sini'.  Lagu berentak balada rock menarik minat aku dan sesuai dengan tone suara Mior.  Beliau juga membawakan lagu 'Purnama' nyanyian asal 'Search' dan turut menerima Anugerah Khas juri berupa wang tunai RM 5,000.   Manakala Idris telah menjadi naib juara dan menerima wang tunai RM 30,000 dan trofi manakala tempat ketiga dimenangi Silahuddin yang menerima wang tunai Rm 15,000 dan trofi.   Tempat keempat pula dimenangi oleh Alina Hassan, 45, dari Melaka.

BORS SYSTEM

Image
BORS SYSTEM Senjata sniper International Accuracy Model 95 dgn kelengkapan sistem BORS yg dimiliki pasukan kita.. Barrett Optical Ranging System (BORS) adalah satu komputer balistik berintegrasi dikeluarkan oleh firma Barrett Firearms yg membantu seseorang penembak tepat bagi mendapatkan tembakan yang tepat dan jitu. Sistem ini dipasangkan terus kepada skop rifel dan dipadankan dengan tombol pengangkat,  dengan bantuan BORS penembak dengan pantas mampu mengira suhu, tekanan barometric dan sasaran pada sudut condong ke atas atau ke bawah. Komputer yang dibina ke dlm sistem secara berterusan mengira faktor-faktor ini yang berubah sepanjang masa. Barrett mengatakan yang BORS ini "dengan segera menguruskan kerja-kerja data supaya penembak dapat memberikan perhatian penuh kepada tugas meledakkan sasaran." ia mengambil data daripada beribu jadual dan mengambilkira beberapa faktor luaran dan secara automatik memberikan penembak jarak tepat dari mana peluru mampu menumbangkan

WORDLESS WEDNESDAY #11

Image
MP : Combat training for South Korean soldiers

RAHSIA KAKI KANAN ANDA

Image
Semasa menjelajah di facebook terjumpa dengan artikel yang menarik di sini.  Apalagi setelah mencuba beberapa kali tetap sama juga.....Nak tahu cuba ler.... U must try..... Sumber MP : Cuba ler .....

KHASIAT EPAL HIJAU

Image
Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.  Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium,  soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. • Mengurangkan risiko penyakit jantung. • Membantu kesihatan membran paru-paru. • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. • Membantu

Adakah Dia Sengaja Atau Tak Perasan ?

Image
  Apa Yang Anda Perasan...? MP : Kealpaan membuatkan kadang-kadang kita lupa @ tak perasan....

What Has Happened?

Image
MP : Mood not feeling well.....         picture di facebook

MOOD DEMAM

Image
Mood demam sudah 2 hari, tekak rasa kering sangat, bibir pun sama.... Arggh.....cuti hujung minggu yang membosankan kalau begini..... (ada kenduri kahwin nie nak pergi ke tak...) Nak singgah blogwalking kat uollss rasa lewat sikit....jangan ada yang berkecil hati. Update entry pun tak der mood...... Pergi Klinik 1 Malaysia pen. pegawai perubatan nie bagi ubat demam, batuk dan ubat kumur untuk sakit tekak. Dah ler tu menggigil pegang ubat tanpa beg plastik, buka jer pintu terjatuh lak botol ubat. Pihak klinik memang tak sediakan beg plastik, so sesiapa yang pergi klinik 1 Malaysia bawalah beg karung besar sikit.... (mood geram) MP : Demam nie mata asyik nak lelap jer...badan pun letih......

SOLAT SUNAT DHUHA

Image
Rakaat yang pertama baca surah Al-Fatihah dan As-Syam. Rakaat yang kedua baca surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.  Surah -surah pendek pun boleh baca tetapi bacaan surah-surah di atas lebih afdal. MP : Sebaik-baiknya Solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana banyak fadhilatnya, antaranya mendapat keampunan dari Allah s.w.t , murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

PEMBUNUH JUTAWAN KOSMETIK SOSILAWATI LAWIYA DIHUKUM GANTUNG

Image
SHAH ALAM: Peguam N Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.  Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.  Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.  Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.  MP : Sumber

OPS DAULAT, TUDM: KAWAH LETUPAN GBU 16 MK 83 1000 PAVEWAY II DI KAMPUNG TANDUO

Image
Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah keadaan tapak kubu pertahanan musuh di kampung Tanduo. Di sini PPPM akan share berberapa gambar menunjukkan kawah-kawah yang terhasil dari pengeboman pesawat Hornet dan Hawk TUDM. GBU 16 MK 83 1000 pound bomb akan membentuk kawah sebesar 20-30 kaki bergantung kepada jenis tanah dan fius) 1000 pound bomb to exert around 7-8 psi pada jarak 100 kaki dari pusat letupan yang mampu memusnahkan bangunan sederhana and 3 psi out to around 150 kaki dari pusat letupan.. ini juga cukup untuk meruntuhkan bangunan keci. serpihan bom boleh membunuh pada jarak setengah batu. Lethal blast range - 28 meters  Blast shrapnel range - 600 feet Fragmentation range - 3,000 feet Effective casualty radius - abput 200 meters ( wounded) Bagai mana pula dengan musuh? Dengan velocity shock wave sahaja pada kelajuan Mach 28, pengganas kiram yang maut akibat serangan udara itu mati dengan kecederaan yang amat teruk. 

Hadiah Segmen Dari Dysha Sahhir

Image
Hari ini balik dari kerja ada ternampak sampul putih kat peti merah, raba-raba tengok ada surat untuk diri sendiri .... Rupa-rupanya terima hadiah segmen dari  DyshaSahhir ...Thanks... Tadaaa..... ada karton doodle melekat pada envelope MP : Kiut dan comel karton doodle nie....

RAHSIA DIET WANITA JEPUN

Image
Dalam keadaan sekarang, ramai yang sibuk bekerja, cari duit dan kekadang lupa pada amalan makanan seimbang dan senaman. Hasil kehidupan yang mencabar dan pemakanan yang tak seimbang, hasilnya ialah ramai lelaki dan wanita jadi gemuk. Kajian seorang perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don’t Get Old or Fat, memberi petua bagaimana di sebalik g aya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenag a. Walaupun sibuk bekerja di sebuah Negara maju, tapi mereka slim. Apa yang mereka amalkan?. Orang jepun terutamanya wanita, bukanlah pengamal diet yang hebat, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun dan cara makan yang displin. Naomi Moriyama juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. Ikuti cerita benar Naomi Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi

WORDLESS WEDNESDAY #10

Image
Komando Passing Out MP : Sumber

Artis-Artis Cantik Korea Yang Bunuh Diri

Image
Populariti dan penghasilan yang tinggi ternyata bukan standard kebahagiaan bagi para Artis Korea, ada sesuatu yang tidak mereka miliki saat mereka berada dalam tekanan masalah yang dapat membuat mereka tenteram dan merasa mempunyai tempat untuk mengadu yang dapat menyebabkan mereka mengalami depresi dan mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri. Hampir setiap tahun publik Korea di kejutkan dengan berita bunuh dirinya seorang artis yang cukup tragis. Berikut ini artis-artis Korea yang mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri: 1. U Nee U Nee Artis cantik ini dikenal sebagai penyanyi, rapper, dancer. U Nee ditemukan gantung diri di apartemennya. Di duga penyebab bunuh dirinya adalah karena U Nee terlalu berekspetasi tinggi terhadap album keduanya hingga menyebabkannya depresi dan mengakhiri hidupnya dengan gantung diri. 2.Choi Jin Sil Artis terkenal Choi Jin Sil juga mengejutkan penggemarnya. Di puncak kariernya, Choi Jin Sil ditemukan bunuh diri di kediamannya di Seoul. Kabar