Thursday, May 30, 2013

MIOR JUARA KONSERT KILAUAN EMAS MUSIM KE 3

Mior Juara Kilauan Emas 3

Seperti yang dijangkakan Mior Yazid Ahmad, 44 tahun, muncul juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) dan menewaskan tiga pesaing terdekat pada pertandingan akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Konsep rock dan kelantangan dengan gaya yang dibawakan memikat hati juri dan peminat semua.  Persembahan menyakinkan melayakkannya memenangi hadiah sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000 dan trofi.
Malam tadi Mior mendendangkan lagu baru ciptaan Adnan Abu Hassan bertajuk 'Sampai Di sini'.  Lagu berentak balada rock menarik minat aku dan sesuai dengan tone suara Mior.  Beliau juga membawakan lagu 'Purnama' nyanyian asal 'Search' dan turut menerima Anugerah Khas juri berupa wang tunai RM 5,000.  

Manakala Idris telah menjadi naib juara dan menerima wang tunai RM 30,000 dan trofi manakala tempat ketiga dimenangi Silahuddin yang menerima wang tunai Rm 15,000 dan trofi.  Tempat keempat pula dimenangi oleh Alina Hassan, 45, dari Melaka.

Kedudukan selepas undian SMS ditutup :-
1. Mior              -  29.5%
2.  Idris             -  26.4%
3.  Silah             -  22.9%
4.  Alina            -  21.2%

Juri jemputan konsert akhir ialah Datuk Shake selain juri tetap Datuk Ramli MS dan Ziana Zain.
Pagi ini kesemua artis finalist konsert Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) mendendangkan sekali lagi lagu baru masing-masing di Radio Sinar FM.
Tagline Kilauan Emas Musim Ketiga ' Otai Masih Berbisa ' memang cukup berbisa buat semua finalist Konsert Kilauan Emas kali ini.  Akhirnya juara menjadi milik Mior 'rock brother'.  Konsert akhir Kilauan Emas Kali Ke3 telah melabuhkan tirainya dengan sekali lagi Mior mendendangkan lagu baru "Sampai Di sini'.

MP : Suka dengan gaya Mior bila mendendangkan lagu berentak rock.....memang ohsem...   OTAI MASIH BERBISA
picture : credit to astro gempak