Perhimpunan Black505 diteruskan ke 4 negeri




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan bahawa Perhimpunan Black505 akan diteruskan ke empat buah negeri lain iaitu Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, Perhimpunan Black505  tetap diteruskan demi menzahirkan suara bantahan rakyat terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Perhimpunan Black505 yang seterusnya akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat (HARI INI) dan orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

“Manakala, Perhimpunan Black505  di Kedah akan diteruskan pada 21 Mei ini di Kedah, 23 Mei di Terengganu dan 24 Mei di  Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ujar Rafizi lagi, lokasi terakhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Jelas beliau, semua perhimpunan sebelum ini telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.

“Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan, namun kami tetap hormati keputusan itu.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan kekangan, ianya langsung  tidak melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik Perhimpunan Black505 ini.

“Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti Perhimpunan Black505 setakat ini, seramai 120,000 di Kelana Jaya, 120,000 di Batu Kawan, 60,000 di Ipoh, 60,000 di Kuantan dan 60,000 di Ulu Tiram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan akan datang boleh mengumpul lebih setengah juta rakyat Malaysia bagi menyertai perhimpunan tersebut.



 Sumber

MP : Tepuk dada tanya hati......

Comments

  1. wah besar2an...erks...kotak komen dah berubah ek... farah sihat jer akak sayang...cuma semalam cutiiiiii.... he he he....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog