Thursday, May 2, 2013

Pilihlah Malaysia Yang Lebih Baik



Salam 1Malaysia,
 
Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum anda semua tentukan hala tuju masa depan negara. Untuk membuat pilihan yang tepat, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara bagi memastikan masa depan negara terus kekal aman dan makmur.
 
Antaranya, anda harus lihat dan nilai rekod Pakatan Rakyat selama ini. Mereka sering berbalah sesama sendiri mengenai pelbagai perkara. Malah mereka juga tidak sepakat tentang siapakah yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti. Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara di tangan mereka bagi tempoh lima tahun yang akan datang?
 
Berbeza dengan Pakatan Rakyat, kami di Barisan Nasional (BN) sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam usaha kami berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Hasilnya, seperti yang dapat anda lihat dan alami sendiri. Negara kita sudah mencapai pelbagai kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bacalah di sini untuk melihat rekod pencapaian kami sehingga kini.
 
Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Berilah sokongan anda kepada BN agar kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.
 

Najib Razak


MP : E-mail dari Perdana Menteri Malaysia....