RAHSIA SURAT DARI PUSASDA

Surat dari PUSASDA baru sahaja aku dapat kiriman dari anak lelaki ku di sana.
Rahsia surat ini ada 2 iaitu may be tarikh passing out untuk perajurit muda pada 29/06/2013.
Rahsia terbesar lagi satu iaitu setengah dari perajurit muda sessi kali ini akan dihantar ke unit di Sabah disebabkan kes di Lahad Datu.  Itu yang dinyatakan di dalam surat berkenaan...(terkedu sekejap,,,,adakah anakku antara yang terpilih ke Lahad Datu nanti).
Sesungguhnya dari sudut hati ini biarlah dia bertugas di Semenanjung sahaja, tapi kalau dah tugas yang diberikan mestilah diterima sepenuh jiwa dan raga.....
(Agi idup agi ngelaban) .....




Terkesima bila aku membaca suratnya kali ini, macam-macam cerita di PUSASDA, beliau sibuk dengan latihan yang diberikan.  Ada ujian (UKT) ujian ketabahan diri, abseiling, latihan berenang dan pengapungan diri.  Pada 2 Mei nanti ada ujian larian 15km dan seterusnya pada 12/05/2013 ini merupakan tarikh untuk medan akhir.
Ku doakan semoga anakku dan rakan-rakan perajurit muda di PUSASDA dapat melalui segala rintangan dan cabaran dengan penuh jati diri serta dedikasi.

No Pain No Gain……
MP : Tak sabar nak tunggu tarikh perajuri muda  passing out.
Picture dari google



Comments

Popular posts from this blog