Bayar Bil Kuning Di TNB

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah nak pergi ke Tenaga Nasional Berhad di Bandar Kaba, Melaka.
Kalau tak kerana bil kuning malas aku pagi-pagi nak mengadap TNB.
Bil kuning menyebabkan aku semestinya bayar bil sebelum tarikh notis pada 12/06/2013 ini.
Jika aku tak bayar bil kuning alamatnya elektrik kat rumah aku kena potong ler gamaknya.


Sampai di sana aku tengok ramai orang beratur kat luar pintu masuk TNB, pintu masuk TNB dibuka tepat jam 8.15 pagi.
Aku ambil nombor ke kaunter ekspress dan dapat no 5002, apabila nombor aku terbit terus sahaja aku kaunter untuk menjelaskan bil kuning.
Tetapi mesin pencetak bil rosak pulak so bil kuning tak boleh dicetak dan staff TNB menulis sesuatu dan mengecop di bil berkenaan.  Aku harap jangan tak masuk lak bil kuning ini dalam sistemnya.

MP : Puasa lagi.....

Comments

Popular posts from this blog