JEREBU - Larangan Pembakaran Terbuka Di Selangor, Melaka, Johor

Suasana di Bandar Melaka pada hari ini dalam keadaan tidak sihat dengan cuaca yang berjerebu.  Buka sahaja pintu rumah pagi tadi terasa macam bau terbakar dan kelihatan habuk putih di luar rumah termasuk kereta yang di parking di luar ada kesan habuk.
Indeks IPU yang tidak sihat menyebabkan orang ramai mudah menerima batuk dan demam.  Anak-anak aku pun dah batuk-batuk semenjak jerebu dari hari ahad lepas.
Untuk mengatasinya kita kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyak minum air kosong.

Bacaan IPU dalam pukul 4 petang tadi
Oleh yang demikian menuru BERNAMA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.

Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.


Sumber

MP :  Sesak nafas cuaca jerebu nie......

Comments

Popular posts from this blog