Panglima Tentera Darat Ke-25 Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi

Hishammuddin (kiri) dan Zulkifli (kanan) memakaikan pangkat kepada Raja Mohamed Affandi (tengah)

Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Darat ke-25 daripada Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.


Majlis pemakaian pangkat dan serah tugas itu berlangsung di Auditorium Kementah, Kementerian Pertahanan di sini yang disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Angkatan Bersama (PAB) Laksamana Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sebelum itu, Raja Mohamed Affandi menerima pemakaian pangkat Jeneral penuh daripada Hishammuddin dan Zulkifeli.

Zulkifli, 52, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkuat kuasa 15 Jun. Raja Mohamed Affandi, 56, sebelum ini ialah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketika berucap, Raja Mohamed Affandi berikrar akan melaksanakan tugas, memimpin ATM bagi membentuk tentera darat sebagai sebuah organisasi dan pasukan yang mampu menyempurnakan tanggungjawab sebagai benteng pertahanan negara.

"Saya melafazkan ikrar untuk mengabdikan diri kepada tentera darat, perkhidmatan dan negara agar limpahannya akan mewujudkan suasana yang aman dalam negara yang akan membolehkan negara dan rakyat mendapat manfaatnya serta meletakkan kepentingan ini melebihi kepentingan yang lain," katanya.


Sumber : Bernama & M Star

Comments

Popular posts from this blog