PORT DICKSON CATAT IPU BERBAHAYA

Jerebu, Indonesia Cuba Nak Salahkan Malaysia?
Jerebu - Kredit picture

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi Isnin berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang Ahad.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335.

Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249.

Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.


Sumber -- BERNAMA
MP : Mood jerebu...mata kian pedih...semoga jerebu cepat berlalu, minggu ini nak ke PD.....

Comments

Popular posts from this blog