Surat Dari PUSASDA Jemputan Ke Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda


Sungguh teruja rasanya bila aku mendapat surat dari PUSASDA mengenai tarikh tamat latihan bagi perajurit muda bagi sessi kali ini yang diadakan di padang kawad PUSASDA bertarikh 29 Jun 2013.
Majlis akan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat yang akan bermula pada jam 7 pagi hingga jam 12 tengahari.
Alhamdulillah akhirnya anakku berjaya menamatkan latihan dengan jayanya di PUSASDA.
Apa yang dicita-citakan akan menjadi kebanggaan pada dirinya dengan penuh dedikasi.   Jauh dari sudut sanubari ini rasa bangga dan tersentuh di jiwa dengan kejayaan yang dimilikinya.
Walaupun mendapat tahu anakku antara perajurit yang terpilih untuk mendapat latihan komando tetapi ditolaknya mungkin sebab dirinya sendiri yang memahami betapa cekal dan susahnya basic untuk mendapatkan beret hijau.  Tetapi sekurang-kurang beliau antara peserta terbaik untuk pelbagai latihan yang diikutinya.

MP :  Kena bergerak awal ke PUSASDA sebelum jam 7 pagi mesti sampai sebab ribuan manusia akan memeriahkan majlis ini...

Comments

Popular posts from this blog