Thursday, July 18, 2013

Biochemic Anti-Cellulite & Anti-Cellulite Cream (pecah lemak dan selulit)

Hari ini aku nak  kongsikan mengenai selulit, aku dapat info ini dari e-mail dan di sini aku review untuk uollss....
Illustration of skin cross section showing cellulite - stock vectorA woman body getting a massage, close up - stock photoHip, legs and tape measure in hand cellulite liposuction woman weight loss control concept isolated against white background - stock photo



Fakta :
"Remedi Homeopathy adalah selamat untuk diamalkan pada jangkamasa yang panjang, dan tidak akan tercetus TERJADINYA ketagihan kepada sesuatu remedy itu"

Anda perlu tahu 3 perkara kritikal yang asas seperti

· Anda perlu tahu kenapa tubuh anda terdapat selulit 
· Apakah selulit itu
· Anda perlu tahu cara/remedi yang "proven"/ terbukti untuk mengatasi selulit

Kenapa Terjadi Selulit?


Fakta ringkas:

Selulit bukanlah penyakit, dan ianya bukan berpunca dari genetik. Selulit lebih suka kepada wanita tetapi lelaki juga tidak selamat dari selulit, tetapi selulit yang terjadi kepada lelaki tidak begitu menonjol kerana kulit lelaki lebih tebal berbanding wanita. Sila lihat gambar di bawah bagaimana struktur kulit lelaki dan wanita.
  
Apa itu Selulit?
Selulit adalah lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit.  Sebahagian lemak yang gagal dibuang oleh tubuh ini akan menggumpal dan menimbulkan kesan tidak rata atau bergelombang pada permukaan kulit. 

Selulit lebih kerap terjadi kepada wanita, kerana wanita lebih terdedah kepada perubahan hormon. Selulit boleh terjadi kepada seseorang wanita bermula saat wanita itu mula akil baligh dan akan bertambah apabila wanita itu hamil. 

Cara Terbukti atau Proven

Bagaimana Remedi Homeopathy & Biochemic Boleh Menghapus Selulit?

Biochemic Anti-Cellulite dan Bio-T3 Anti-Cellulite Cream 

Adalah berasaskan kepada salah satu cabang perubatan Homeopathy yang juga dipanggil Cell Salts atau Garam Tisu dan juga sebagai Biochemic. Berasaskan mineral yang menyerupai mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Perubatan Biochemic sangat Berjaya melawan pelbagai penyakit kerana fungsinya mengawal kestabilan kadar mineral di dalam tubuh, di mana kekurangan salah satu mineral ini akan menyebab "dis-ease" atau lain perkataan "disease".

"Cell" bermaksud cellular level iaitu setiap benda hidup di dalam tubuh dan "Salts" bermaksud mineral. Ini bermakna Cell Salts mewakili bahan-bahan hidup di dalam tubuh yang berbentuk mineral.
  
Remedy Homeopathy bukanlah disasarkan kepada sesuatu penyakit atau organ di dalam tubuh. Remedi Homeopathy merawat secara menyeluruh, memberi kekuatan antibody kepada tahap maksimum. Ini bermakna remedy Homeopathy menghalang proses selulit dari terjadi, seperti mengawal dan menurunkan berat badan, mengembalikan elastisiti atau keanjalan tisu-tisu, melancarkan perjalanan darah setelah tisu-tisu salur darah mendapat nutrisi yang secukupnya dan membekal oksigen secukupnya ke dalam darah. Proses ini, secara tidak langsung membantut proses terjadinya selulit dan  menghapus terus masalah selulit secara kekal.

Remedi "Proven" Yang  Telah Dilaporkan Diseluruh Dunia

Silica merupakan remedy paling utama untuk menghapus selulit kerana Silica adalah garam tisu untuk kulit, rambut, kuku dan tisu penyambung. Oleh itu mengamal pengambilan Silica akan membantu mencegah dari terjadinya selulit dan stretch mark. Begitu juga dengan masalah varicose vein , buasir dan arteriosclerosis (gabungan Silica dan Cal flour adalah sangat baik untuk mengekalkan kekuatan elastic fabric di tisu di dalam tubuh) dan mampu menghalang dari terjadinya uban pada sebelum waktunya.

Krim atau ointment dari Silica dapat membantu mencegah kedutan, kulit menjadi warna oren dan hematoma (hematoma ialah terjadinya pengumpulan darah di luar saluran darah dan secara setempat dan kelihatan seperti terjadinya bengkak yang kebiruan atau kehitaman. Kebiasaannya dipanggil lebam)
Sodium chloride adalah garam yang kita gunakan untuk memasak.

Di dalam tubuh ia memainkan peranan yang amat penting sebagai metabolism cecair dan oleh itu ia diproses sebagai remedy Biochemic untuk tujuan kesihatan.

Apabila diproses secara Biochemic, Nat mur sangat bagus untuk mengawal tekanan darah, migraine dan ketidakstabilan disaluran darah di otak

Nat mur juga menjadi penyahtoksik bagi menurunkan berat badan, anaemia dan nadi yang lemah.
Sodium phosphate atau Nat phos ialah garam kepada metabolism. 

Nat phos membantu jika terdapat lebihan asid yang akan menyebabkan kesihatan terganggu.
Nat phos akan menggalakkan perubahan asid urik di dalam urea (kencing) dan menyahkan melalui pembuangan air kecil. Nat phos juga menjadi agen yang baik untuk menghalang terjadinya batu di buah pinggang dan pundi.

Pengambilan Nat phos juga mampu melegakan masalah penghadaman.

Kesan detoktifikasi Nat phos juga sangat berguna untuk melegakan pelbagai masalah kulit, terutama kepada yang mengalami kulit berminyak, kulit kusam, jerawat atau blackhead. 
Sodium sulphate atau Nat sulph ialah sebahagian cecair fabric di dalam tubuh, oleh itu ia akan bertindak sebagai agen membuang bahan-bahan tidak diperlukan dan sel-sel lama di dalam tubuh.

Pengambilan Nat sulph akan membantu menghalang dari terjadinya masalah kesihatan akibat dari bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tubuh kita. Nat sulph akan membantu menguatkan system penghadaman yang lemah dan organ pembuangan yang tidak efisen. Nat sulph boleh melegakan bengkak di kaki dan tangan akibat dari gaya kehidupan yang tidak sihat.

Remedi Homeopathy akan membantu menyokong hati menguatkan fungsi system limfa, kerana hati mengandungi sel limfa. Remedi berikut mengikut kajian amat membantu , iaitu Carduus Marianus, Chelidonium, Condurango, Hydrastis, Leptandra,Lycopodium, and Taraxacum.
Remedi untuk menyokong system imunisasi dan sangat membantu kepada system limfa ialah Calendula, Viscum album, and Echinacea.

Fakta:
"Tidak ada bahan-bahan dari haiwan yang digunakan didalam penyediaan remedy dan krim ini. Ke semuanya hanya bahan-bahan mineral, tumbuhan dan bunga-bungaan, oleh itu tidak ada unsur yang meragukan dan adalah HALAL untuk digunakan"
A ABiochemic Anti-Cellulite & Anti-Cellulite Cream (pecah lemak dan selulit) - Kedai Online Zuzila

Kalau nak beli krim selulit klik sini Sumber

MP : Selulit merupakan satu perkara yang paling dibenci oleh kaum wanita....