PERAJURIT MUDA TAMAT LATIHAN






Port Dickson, 1 Jul - Seramai 1770 Perajurit Muda (1584 Lelaki dan 186 Wanita) berjaya menamatkan latihan pada 29 Jun yang lalu di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Perajurit muda diingatkan bahawa pemilihan mereka dalam perkhidmatan ketenteraan merupakan satu pengabdian suci kepada negara, bangsa dan agama. Perajurit perlu faham bahawa penglibatan mereka juga memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab jitu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor berkata demikian dalam ucapan sempena perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki dan wanita.

Latihan yang bermula pada 6 Jan 13, dilaksanakan selama 24 minggu dijalankan secara konvensional yang mana pelaksanaannya diselaraskan supaya objektif latihan dapat dicapai. Melalui kaedah tersebut setiap perajurit muda dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama.

Pelaksanaan latihan perajurit muda adalah untuk melatih dan melengkapkan perajurit muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan sebelum diserapkan ke dalam pelbagai Kor dalam TD. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, perajurit muda dilatih mencakupi aspek-aspek pengetahuan ilmu ketenteraan, ketahanan mental dan fizikal, disiplin, keperibadian dan kerohanian.

Seramai lapan perajurit muda telah memenangi kategori yang dipertandingkan iaitu Keseluruhan Terbaik dimenangi oleh 1174798 PM Muhammad Furqan Nasrin bin Md Pisol, Akademik Terbaik dimenangi oleh 5007592 PM Aisyahani Aqilah binti Mohd Yusof, Kawad Lelaki Terbaik oleh 1175057 PM Rustam bin Rosli, Kawad Wanita Terbaik oleh 5007684 PM Nurul Farhana binti Zainal, Jasmani Lelaki Terbaik dimenangi oleh 1173571 PM Jemis Wong Lee Onn dan Jasmani Wanita Terbaik di 5007572 PM Siti Nur Fatin binti Abd Khahar.

Manakala Penembak Lelaki Terbaik dimenangi 1174956 PM Noor Ashwal bin Mat Nuri dan Penembak Wanita Terbaik dimenangi oleh 5007629 PM Nur Farahin binti Ahmad Satazali.


Sumber : Facebook Tentera Darat
Perajurit terbaik kali ini dari kompeni golf sama dengan anak aku....

MP : Hujung minggu yang letih di Port Dickson, aku hanya sempat copy paste jer entry blog kali ini, next aku akan upload cerita mengenai tamat latihan di PUSASDA Port Dickson..... tapi sempat letak big picture kat atas...

Comments

Popular posts from this blog