Tarikh Puasa 10 Julai, Aidilfitri 8 Ogos - Unit falak UniSZA

Silhouette of person looking at a stylized digitally created night sky through a stylized digitally created telescope - stock photo

KUALA TERENGGANU 25 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka akan mula berpuasa pada 10 Julai ini manakala Aidilfitri pula disambut pada 8 Ogos, kata Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.
Penolong Pegawai Tadbir unit berkenaan, Ahmad Taufan Abdul Rashid memberitahu,untuk jangkaan awal 1 Ramadan 1434H, berdasarkan hitungan pengiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Syaaban dengan fasa bulan baru (Ramadan) berlaku pada 8 Julai, bersamaan waktu Malaysia pukul 3.16 petang.
Ahmad Taufan dalam satu kenyataan kepada Utusan Online hari ini menjelaskan tarikh 29 Syaaban iaitu bersamaan hari rukyah, juga jatuh pada 8 Julai ini.
Bagi jangkaan awal Syawal 1434H pula, ia berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.
Katanya, tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos.
Beliau bagaimanapun berkata, tarikh rasmi awal Ramadan dan Syawal adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Sumber

Gambar :  Sumber

MP : Bertemu kembali Ramadan kali ini.....

Comments

Popular posts from this blog