Tuesday, July 30, 2013

Zakat Fitrah Di Sabah 2013M/1434H

Resit Rasmi Zakat Fitrah 
Alhamdulillah minggu lepas my beloved son BBM mengatakan dia dah bayarkan 
zakat fitrah satu family di Sandakan, Sabah.
Aku ingat nak bayar dalam minggu ini untuk semuanya sekali, 
tapi dia dah tolong bayarkan.

Mengikut Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) zakat fitrah di Sabah 
ialah RM 7.00 untuk seorang.
So totalnya RM 42.00 untuk 6 orang.....
Kabarnya ramai rekrut di Kem Kinabatangan bayar untuk family memasing.
Kalau kat Melaka seorang RM 6.50.
Besarnya tanggungjawab anak lelaki yang akan menjadi ketua keluarga.
Mudah-mudahan dia dah mula praktikkannnya.

MP : Teringat family di kampung dan rindu katanya......dengar nak minta kursus ASAS PARA
untuk terjun payung, kalau minta confirm posting kat Kem Terendak Melaka.....
semoga dipermudahkan...!