Monday, August 26, 2013

Kisah Hari Raya Aidilfitri Di Muar








terserempak dengan kopitiam ini di Bandar Muar

Dah masuk Syawal ke 19 nie baru aku nak citer kisah hari raya pertama yang lalu....
Hari raya pertama selepas sessi bergambar di kampung aku kat Alor Gajah, 
(hari raya tanpa my son yang bertugas di Sandakan, Sabah)

aku bergegas ke rumah mentua di Padang Temu, tak ler jauh sangat adalah dalam 40 minit lebih kurang dengan menempuh lebih 10 buah traffic light di lebuh AMJ....





Jambatan Muar

Sampai di sana kita orang memang dah planning nak beraya di Muar kat Parit Sakai (dekat dengan tepi laut) laluan utama ke Batu Pahat.
Kalau aku drive tak merasa ler nak ambil gambar di dalam perjalanan, so my hubby ler yang drive, actually dah lama kita orang tak ke Muar, so dengan dipandu arah oleh mak mentuaku sampai ler kita orang di sana.  Di dalam perjalanan kenderaan dah mula banyak menuju ke destinasi masing-masing.
Sampai di Bandar Maharani, aku tengok penuh foreign workers di sekitar Bandar menyambut raya dan bercuti panjang di musim perayaan......
(macam satu fenomena di musim perayaan)



Akhirnya sampai ler aku di Parit Sakai, laluan masuk di kampung ini agak sempit sebab di sebelah kiri ada tali air yang agak lebar terus mengalir ke laut.
Di sini juga dengarnya ada sebuah pusat tahfiz yang baru dibuka sesuai untuk para hafazan dari se awal usia muda lagi, ada juga disediakan hostel untuk tinggal di sana.
(tak sempat nak snap picture pusat tahfiz tu)
Semasa di dalam perjalanan masuk ke sana terserempak dengan Makam Panglima Lidah Hitam seperti  yang ada di gambar kat bawah nie...Kisahnya aku kurang arif pulak....hehe


Akhirnya lewat petang baru kita orang bergerak pulang setelah melawat saudara mara di sana.....penat weiiii tapi seronok beraya......


MP : Hari raya yang memenatkan pada syawal pertama......
Akan adakah lagi syawal yang akan datang.....?