Thursday, August 29, 2013

Tersentuh Hati




Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat Cash Deposit Atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.


Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

RM400 utk 2 orang anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik utk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..


MP  :  Alhamdulillah......Share kalau anda sayaaaaaaang Abah, Ayah, Babah, Papa, Daddy anda :))


  Sumber