Tuesday, August 27, 2013

Tip Untuk Mencegah Paras Kolestrol Tinggi

Cholesterol Meter High Showing Unhealthy Fatty Diets - stock photoRoad sign to exercising,losing weight,healthy diet and and high cholesterol - stock photo

----------------------------------------
SEJARAH KELUARGA
---------------------------


Kolesterol sebenarnya datang dari dua sumber, tubuh dan makanan.
Salah satunya boleh menyumbang kepada kolesterol tinggi. Ada
sesetengah orang yang mewarisi gen (genetik) yang menyebabkan
terlalu banyak penghasilan kolesterol dalam badan. Bagi orang lain,
diet adalah penyebab utama.

Lemak Tepu dan kolesterol datang dari makanan berasaskan haiwan
termasuklah daging, telur dan produk tenusu. Kebanyakan kes,
kolesterol tinggi adalah hasil kombinasi diet dan genetik.
Cholesterol Meter High Showing Unhealthy Fatty Diets - stock photo
----------------------------
5 TIPS PENCEGAHAN
----------------------------


1. Makan lebih banyak serat

Ini kerana serat yang mudah larut membantu mengurangkan Kolesterol
Jahat (LDL). Sumber serat yang baik termasuklah roti bijirin, oat,
buah-buahan, sayuran dan kekacang.

2. Ketahui Lemak Anda

Tidak lebih 35% nilai kalori sehari perlu datang dari lemak. Tapi
tidak semua lemak sama. Lemak Tepu meningkatkan kolesterol jahat.
Lemak Trans membawa kolesterol jahat dan merendahkan kolesterol
baik.
Lemak tidak tepu boleh merendahkan kolesterol jahat bila
digabungkan dengan diet yang sihat.

3. Bijak Pilih Protein

Daging dan susu berikan banyak protein tapi ia juga sumber utama
kolesterol. Ikan juga adalah pilihan terbaik sebab ia kaya dengan
asid lemak omega 3 yang boleh membantu memperbaiki tahap kolesterol.

4. Kurangkan Berat Badan

Mengurangkan berat badan membantu megurangkan tahap LDL dan
keseluruhan kolesterol dalam badan.

5. Senaman

Jika anda sihat tetapi tidak aktif, mulakan dengan program senaman
aerobik ringkas yang boleh meningkatkan paras kolesterol baik.
Kerap bersenam juga merendahkan kolesterol jahat.

Kalau boleh lakukan aktiviti yang boleh merangsang kadar degupan
jantung seperti berlari, berenang atau berjalan dengan cepat
sekurang-kurangnya 30 minit dalam seminggu.


Sumber : Halalsciense
 Picture 

MP : Badan sihat otak cergas kerja pun menjadi senang.........