Tuesday, September 17, 2013

Anak Demam Di Shah Alam

Medical thermometer - stock photo

Penat 2 hari berada di Shah Alam dalam menjayakan majlis resepsi kenduri kahwin adik yang diadakan di Seksyen 7 pada ahad lepas.  Dalam masa yang sama anak lelaki pulak demam.  Malamnya pergi klinik di Seksyen 2, bagi makan ubat tak surut jugak demamnya (badannya kejap panas kejap sejuk) dan asyik meracau-racau jer....

Siap muntah dua kali selepas makan ubat, lega kejap lepas tu demamnya datang balik.
Kali ini kunjungan ke sini tak dapatlah nak berjalan sangat hanya bermalam di rumah adik di seksyen 7 selama 2 malam. Pagi semalam dah bertolak balik ke Melaka.
Bila periksa suhu badannya menginjak ke 39 degree, aku dah risau, aku sapukan dengan air asam jawa kat badannya bagi merendahkan suhu badan tapi demamnya masih ada lagi dan bacaan suhunya turun sedikit......
Have no idea emoticon - stock vector
Saat entry ini ditulis anak masih demam lagi....selera makan pun takder....
Nak blogwalking dan taip entry pun terasa malas jer, mood pun dah hilang....auugghhh

MP : Mood down.....semangat yang hilang...