Anggota Polis Maut Bergelut Suspek Curi Besi Dan Gambar Suspek



ANGGOTA unit forensik memeriksa kawasan di mana Koperal Zal-Azri Abdul Somad, 31, (gambar kecil) maut di tempat kejadian setelah muka dan kepalanya dihentak dengan batu oleh seorang penjenayah di kawasan Taman Teknologi Cheng, Melaka
MELAKA 23 Sept. - Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.
Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, daripada Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Datuk Chua Ghee Lye berkata, Zal-Azri menyertai operasi itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini.
"Tiga suspek ditahan berumur 17, 22 dan 23 tahun dipercayai sedang mencuri besi lusuh di kawasan itu. Kira-kira 8 pagi seorang daripada mereka (suspek berusia 17 tahun) cuba melarikan diri dan dikejar Zal-Azri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Zal-Azri dipercayai bergelut dengan suspek sebelum cedera di bahagian kepala serta muka dan anggota polis itu ditemui anggota pasukannya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 25 meter dari tempat pergelutan itu, sebelum meninggal dunia.

Ditanya adakah Zal-Azri dipukul menggunakan batu di kepala oleh suspek dalam pergelutan itu, Ghee Lye berkata :
"Mungkin dipukul dengan batu... kami jumpa batu itu di sana, kami masih menyiasat. Jadi buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
Beliau berkata, suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini.
"Zal-Azri telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P. R. Gunarajan menyampaikan ucapan takziah kepada isteri kepada Kpl Zal-Azri Abd Somad, Atiqah Mohd Rosdi @ Mohd Rodi di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka
Jenazah Zal-Azri akan dikebumikan di negeri asalnya, Pulau Pinang.
Allahyarham meninggalkan isteri Atiqah Mohd Rosdi @ Mohd Rodi, 29, dan dua anak iaitu Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika ditemui berkata, Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain.
Photo: Ini lah Suspek yg menyebabkan kematian Polis di Cheng... AMN
Ini lah Suspek yg menyebabkan kematian Polis di Cheng
"Serbuan dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu," katanya.
Adik tiri Zal-Azri, Hartini Rashid, 27, yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Melaka berkata, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik itu merupakan seorang abang yang penyayang dan selalu menolong adik-adiknya di saat memerlukan.
"Suami saya askar dan akan pindah ke Melaka tak lama lagi dapatlah tengokkan keluarga masing-masing, memang kami adik beradik semua rapat. Kali terakhir saya jumpa dia masa hari raya lepas di rumah mak (di Pulau Pinang)," kata suri rumah yang tinggal di Beranang, Selangor itu.

Sumber & Sumber & Sumber

MP : Sungguh sedih dengan generasi sekarang yang tiada hala tuju....

Comments

Popular posts from this blog