Saturday, September 28, 2013

Gambar Pertandingan Payung Terjun ATM Di Perkarangan Stadium Hang Jebat Melaka


Peserta mencari sasaran untuk landing
Pada 6 September ~ 11 September hari itu berlangsung satu pertandingan acara terjun payung di antara anggota keselamatan dan telah diadakan di perkarangan Stadium Hang Jebat Melaka.

Pelbagai pasukan yang masuk di dalam acara berkenaan.  Kelihatan antaranya dari pasukan TUDM, TLDM, TENTERA DARAT MALAYSIA, VAT 69, BOMBA dan sebagainya.
Semakin menghampiri sasaran landing zone
Para penerjun telah dibawa dengan pesawat TUDM dari Lapangan Terbang Batu Berendam menggunakan pesawat Charlie.  Semasa aku on the way ke stadium kelihatan dari lebuh AMJ pesawat Charlie berpusing-pusing di kawasan sekitar Stadium Hang Jebat bagi melepaskan penerjun-penerjun.
Cantik terjunannya di atas landing zone
Aku difahamkan hanya acara accuracy dipertandingkan kali ini, disebabkan faktor keselamatan awam, dan juga  penerbangan yang tidak dapat dilakukan melebihi 6000 kaki menyebabkan tidak banyak pasukan yang mengambil bahagian.
Selesai terjun
Pertandingan meliputi kategori payung sport dan juga payung military.
Format pertandingan : pasukan yang terjun akan cuba mencari kedudukan paling hampir dengan landing zone/landing pad.  Semakin jauh dari landing zone ini semakin tinggi markah yang diperolehi.
Pemenang dikira oleh pasukan yang mengumpul markah paling sedikit.
Minggu acara payung terjun ini cuaca tidak berapa baik asyik hujan jer turun tak tentu masa, awan yang sangat tebal dan angin yang kuat.

Sempat snap baju brother dari pasukan.........?

Keputusannya pasukan TUDM menjadi juara keseluruhan. 
Bagi acara spot kedudukannya :
1.  TUDM                   2.  TLDM                  3.   TDM

Bagi acara military pemenangnya adalah :
1.  TDM  A                 2.  TUDM  A              3.   TDM  B

Kategori jemputan pula ialah :-
1.  VAT 69                        2.  KELAB WILAYAH          3.   604 SKYDIVE

Syabas kepada GGK yang menjadi tuan rumah kali ini dan tahun depan akan diadakan di Sabah.......
Tersasar dari sasaran

Acara selesai 
Selesai acara pada petang ahad tu, hujan turun dengan lebatnya........

Fakta : Credit TheRealblackdaggers

MP : Teruja tengok acara terjun payung hari tu.....kelihatan sebelum acara tamat seorang anggota wanita tentera darat berpangkat kapten melakukan terjun payung dan tersasar sedikit dari landing zone seperti di dalam gambar.....
Gambar diambil menggunakan handphone Blackberry Torch 9810