Thursday, September 19, 2013

Klinik Kesihatan Tengkera


Nombor giliran dan result darah

Pagi tadi aku ke klinik kesihatan Tengkera bawa anak aku yang demam untuk rawatan pesakit luar. Pagi-pagi orang dah ramai di sana.
Mula-mula letak mykid, tunggu jap, ambil nombor dan duduk di ruang 
menunggu....(yang ini lama hampir 1 jam)
Lepas tu ada nurse panggil nama anak, periksa demam dan timbang berat badan.
(tunggu sekejap lagi sehingga nombor terbit di skrin)
Bila nombor terbit aku masuk ke bilik (no. 5) kelihatan doktor lelaki...(bilik banyak yang bernombor dari nombor 1 hingga nombor 10) tetapi tak semua bilik ada doktor, ikut jenis penyakit @ kegunaan bilik, nanti aku ceritakan...
Masa di bilik doktor, doktor tanya demam dah berapa lama, doktor periksa tekak, periksa dada guna stetoskop.  Kawasan Lorong Pandan, Kampung 8 dan area taman-taman di sini wabak denggi telah merebak, so kebarangkalian penyakit denggi boleh kena pada orang ramai di sini.
Itu sebab ramainya pesakit mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Tengkera tadi.
Selepas bertanya itu ini dengan doktor saya meminta doktor untuk membuat pemeriksaan darah.  So doktor memberi satu slip untuk periksa darah.


Cari tempat nak cucuk jarum

Masuk ke bilik nombor 10 untuk periksa darah, kelihatan 2 orang pembantu pegawai perubatan (lelaki) bersama nurse di situ. Nurse memberi tabung kecil untuk ambil darah...
(anak aku dah takut...hehe)
Susahnya nak ambil darah anak aku tadi, puas belek di lengan kanan, kiri, kanan, kiri tapi tak jugak timbul ruang untuk dicucuk jarum bagi mengambil darah, 
lastly terpaksa ambil kat atas telapak tangan 
(macam baby kata pembantu pegawai perubatan tu, nasib baik boleh cucuk jarum kat situ)
Lepas tu, pergi bawa tabung darah ke makmal untuk proses seterusnya, kat sini sekejap jer tak sampai 5 minit, serahkan tabung darah tunggu sekejap then dah dapat result darah.
Lepas tu masuk bilik no. 5 jumpa dengan doktor lelaki tadi, tunggu sekejap kat luar ler pulak ada 2 orang lelaki sedang mengadap doktor untuk kes tersendiri
 (tengok muka aku dah tahu)
Then semasa tunggu kat luar, mamat yang jumpa doktor tadi panggil aku, 
" kak dah siap, masuk ler jumpa doktor", ok....
Keputusannya anak aku tiada menghidapi penyakit denggi dan dapat 2 hari lagi MC, 
tak sekolah seminggu ko minggu ini.
Selepas itu aku kena pergi ke ruang mengambil ubat letak slip then 
ambil nombor, tunggu tak lama juga ada ler dalam 10 minit.
Doktor bagi ubat demam, ubat batuk dan ubat antibiotik.
Kesimpulannya kalau pergi ke klinik kerajaan mengambil masa dalam 2 jam gitu, lamanya......semuanya bermula dengan nombor giliran...
Tapi di sini ada buat pemeriksaan x-ray, darah, untuk ibu-ibu mengandung,rawatan pergigian, ambulance dan banyak kemudahan untuk orang ramai disediakan.
Tapi aku lebih prefer ke klinik swasta daripada klinik kerajaan (sebab boleh claim) 
kecuali atas sebab-sebab tertentu.  Rasa masa yang terbuang tu lama sangat. Patut ler ramai orang suka ke klinik bukan kerajaan di atas kekangan waktu yang terbuang....



MP : Aku masuk lewat ke office hari ini.....boss aku very understand.....