Melalui PUSASDA Blog Aku Dikenali

CD Training Di PUSASDA
Dah lama aku tak story tentang PUSASDA, tentang anak aku sekarang bertugas di RAMD 22 Kem Kinabatangan...dah lama...dah lama....(nanti aku citer pengalamannya)
PUSASDA (Pusat Latihan Asas Tentera Darat)

Minggu lepas ada someone add aku kat facebook, bila aku tanya macam mana boleh kenal aku? Dia kata melalui blog aku yang menceritakan tentang PUSASDA, dia baru sahaja menghantar anak lelakinya untuk kemasukan sessi 
173/2013 pada 25 Ogos lepas. 
Dia nak tahu maklumat mengenai PUSASDA dan pengalaman saya menghantar anak ke PUSASDA.  Beliau juga dapat merasakan bagaimana rindunya dan cara untuk menghilangkan perasaan rindu seorang ibu terhadap anaknya di sana berdasarkan pengalaman saya melalui penulisan di dalam blog ini.  Melalui PUSASDA juga saya mengenali kawan blogger 
 yang mempunyai blog 'Cinta Itu Indah'.  Beliau juga menghantar adik lelakinya di PUSASDA yang telah tamat latihan sama dengan anak saya.
Rakan-rakan baru di facebook sebelum ini yang telah
add saya, anak mereka juga mengikuti latihan 
di PUSASDA pada sessi 172/2013 yang lepas.
Ikatan sebagai kawan di facebook dan blog menjalinkan satu ukhuwah bersama untuk menzahirkan pengalaman mereka di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Pengalaman yang dorang ceritakan menjadi tarikan pada generasi baru untuk mengikuti latihan di PUSASDA dan menabur bakti pada agama, bangsa dan negara.

Banyak story yang akan menyusul mengenai PUSASDA selepas ini....semangat....!

MP : Apa khabar anakku di Kem Sri Kinabatangan......Banyak latihan dan kursus perlu diikuti di sana.....

Comments

Popular posts from this blog