RON 95 Naik Lagi ?


Sumber : SAYS

Kemungkinan besar harga diesel RON 95 akan naik lagi, kalau tak hari ini mungkin besok, kalau tak besok, mungkin lusa, kalau tak lusa, mungkin minggu depan @ bulan depan.......

Petang tadi balik dari kerja aku singgah di petrol pam SHELL untuk mengisi minyak, aku isi dalam RM 50.
Tiba-tiba aku terpandang satu kertas putih yang ditampal di cermin kaunter

 " Sila isi minyak petrol tidak melebihi dalam jumlah RM 50 sahaja dan anda tidak boleh mengisi melebihi jumlah yang ditetapkan"
Price of petrol RON95 the NEXT TO BE HIKED?

Lebih kurang begitulah ayat yang tertera di kertas berkenaan.  Bila aku tanya pada budak kaunter tu, dia kata petrol kena kawal sebab kuota.....yang ini aku tak faham. Kebiasaannya kalau terjadi sebegini pihak syarikat petrol pam akan mengawal belian tinggi daripada pengguna supaya mereka mendapat keuntungan bila harga minyak naik nanti.....
Rumusannnya aku dapat rasakan syarikat pam minyak akan mengaut keuntungan dengan mengawal pembelian petrol dengan mengatakan kuota belian tidak melebihi harga yang dorang tetapkan........


MP :  Petrol asyik naik jer.....apa yang turun....?

Comments

Popular posts from this blog