Thursday, September 26, 2013

Sakit Perut Makan Lauk Kenduri Kahwin

Lauk yang dihidangkan untuk tetamu

Ini entry 2 minggu lepas tapi hari ini baru nak publish.  Majlis resepsi adik yang diadakan di Shah Alam. Dia telah menempah catering untuk hidangan para tetamu.

Meriahnya hidangan makanan yang dipersembahkan oleh catering tapi sengsaranya kita orang sebab di sebelah malamnya semua terkena cirit birit.  Saya rasa puncanya dari ayam masak merah yang menyebabkan kita orang mengalami cirit birit.  


Mungkin dorang dah masak dari tengah malam @ tak tahu ler bila dorang masak....bila makan awal sebelum tetamu sampai, makanan dihidangkan memang nampak sedap...aku lak memang suka ayam masak merah....apalagi berketul-ketul ler ambil....Tapi daging masak hitamnya memang serius sedap...dagingnya lembut dan terasa kesedapan rempah ratus yang sungguh marveles....

                                             Lauk pengantin

Berbalik pada cirit birit tadi, sebelah malamnya hingga awal pagi masing-masing keluar masuk toilet membuang saham pelaburan....letih ooo...dengan mengantuk lagi, menahan sakit perut lagi...nasib baik sebelum aku nak balik Melaka perut ini dah kurang meragam...kalau tak sure singgah di RNR.....
Sepatutnya catering ini mengadakan piawaian masakan agar tiada tetamu yang mengalami cirit birit bila memakan makanan yang dihidangkan....Agak-agaknya ramai tak tetamu yang mengalami cirit birit.....

Pengantin

MP : Tak sempat nak bergambar reramai hari itu ...anak pulak demam...