Tujuh Batalion Baharu Ditempatkan Di Lahad Datu Dalam Waktu Terdekat




LAHAD DATU - 6 Sept BERNAMA melaporkan-- Kawalan keselamatan di sempadan pantai timur Sabah bakal diperkukuhkan lagi dengan penempatan tujuh batalion baharu ke Lahad Datu dalam waktu terdekat.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata batalion itu yang terdiri anggota tentera dan polis akan dapat memantapkan lagi pemantauan dan operasi rondaan.

Bercakap kepada Bernama hari ini, katanya batalion baharu itu yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan meningkatkan kawalan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

"Batalion-batalion itu akan ditempatkan di lokasi dikenal pasti sebagai

"kawasan berisiko tinggi dicerobohi" termasuk Felda Sahabat.

USMC FA-18 Hornet.JPEG
F/A-18 Hornet
"Kami telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi dicerobohi di pantai timur Sabah. Penempatan lima batalion baharu itu akan banyak membantu kami dalam menjamin keamanan dan melindungi kawasan tersebut."

Mohamad berkata jumlah anggota keselamatan di daerah Lahad Datu itu juga akan ditambah dalam waktu terdekat.

"Penubuhan Esscom dengan kekuatan anggota keselamatan menunjukkan kerajaan serius mahu memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.
"Kita juga patut menghargai kerjasama erat diberikan agensi-agensi penguatkuasa terhadap peranan Esscom," katanya.

Penubuhan Esscom, ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac.

'Esszone merangkumi 10 daerah -- Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau -- sepanjang 1,400 kilometer pantai timur Sabah.

Sementara itu, Mohammad berkata khabar angin mengenai kemungkinan pencerobohan oleh pengganas di Sabah disiasat secara teliti.

"Khabar angin telah disebarkan menerusi pelbagai cara bertujuan mencetuskan panik dan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan perlu ditangani secara efektif.
"Khabar angin itu menjejaskan usaha untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dan perlu dihentikan. Untuk menjamin keamanan, kita tidak perlukan khabar angin, yang boleh mengelirukan rakyat. Kami akan siasat semua khabar angin itu dan pihak yang menyebarkannya".

Mohammad menegaskan keadaan di pantai timur telah kembali normal, aman dan stabil.
"Tiada sebarang gangguan dari luar disebalik penyebaran khabar angin ini," katanya.

Daerah Tawau dikatakan kononnya bakal menjadi sasaran kedua pengganas Sulu dengan yang pertamanya semasa Aidilfitri. Khabar angin terbaharu ialah awal minggu ini kononnya sebuah bot membawa pengganas dikatakan sudah berada di Tawau.
Mohammad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan perkara itu.

Sumber
Picture & picture 

MP : Khabarnya banyak latihan menggunakan senjata baru di sana....best dapat masuk RAMD banyak latihan          menggunakan senjata .......

Comments

Popular posts from this blog