Monday, October 28, 2013

Apa Yang Menariknya B Daman ?

B Daman
B Daman.....Apa yang menariknya B Daman ini aku pun tak tahu.  Tetapi anak lelakiku Kimi yang berumur 8 tahun memang teruja dengan B Daman. 

So semalam selepas hujan berhenti aku ke kedai berhampiran rumah untuk mencari B Daman. Harganya dalam RM 12.50 jer.  Pelbagai warna terdapat pada B Daman, terpulang pada minat masing-masing nak warna apa.  Tapi semalam mula-mula anak aku dah pegang warna biru tapi aku pilih warna oren, nampak terang sikit kalau hilang pun senang nak cari.


Di dalam kotak terdapat 2 biji guli yang diberi.  Kegunaan guli ini ialah untuk menembak sasaran dengan memasukkan guli ke dalam lubang pada B Daman.  Ha....macam tu cara mainnya, tadi aku mengikuti cara nak bermain B Daman.....

MP : Teringat masa kecik-kecik aku main Capteh ayam, getah dan permainan yang murah harganya....tapi budak zaman sekarang lebih advance dengan permainan baru....zaman dah berubah...