Tuesday, October 29, 2013

Bahasa Orang Melaka

Senarai Tempat-Tempat Pelancongan Menarik Di Malaysia, Percutian menarik malaysia, KELANTAN, TERENGGANU, PERLIS, PAHANG, PERAK, KEDAH, PULAU PINANG,  NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, SABAH, SARAWAK, KUALA LUMPUR , SELANGOR,
A Formosa

Hari ini aku nak share bahasa orang Melaka, kalau uolls pergi jenjalan di Melaka boleh ler guna perkataan kat bawah ini.  Orang Melaka bahasanya agak kasar sikit
tapi hati baik beb....!  Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan kesinambungan Tahun Melawat Melaka uolls boleh ler fahamkan bahasa ini......

1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 

3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu)

                See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan 


7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).


9. Kepau : Sepah ( contohnya: ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)
10. Kumbah : (contoh ayatnya: “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)


11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. 

      Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena.


15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asalnya daripada perkataan Benar @ Benau .
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah


19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”.

       Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas 


sumber : Facebook
# Kalau ada lagi dialeknya aku akan tambah yea....

MP : Tu ler orang Melaka.  Tapi bagi aku, kampung aku kat Alor Gajah so lebih kepada cakap orang Nogori Sembilan, my hubby belah-belah Melaka.  Aku dua-dua dialek memang faham bebenau....Kalau balik belah mertua cakap Melaka ler, kalau belah Alor Gajah cakap Nogori Sembilan ler ehhh...ekau faham tak.....? Nanti eden citor laiee......(macam tu bahasa orang nogori)