Tuesday, October 1, 2013

EYE ON MALACCA

Ferris Wheel
Di malam minggu kalau untuk hilangkan stress @ ambil angin malam, aku selalu 
lepak di Eye On Malacca.

Lokasinya terletak di hujung Jalan Tun Ali berdekatan dengan Hang Tuah Mall dan  merupakan tapak lama bas ekspress.  Ia betul-betul terletak di tebing Sungai Melaka.
ramai orang beratur untuk naik Ferris Wheel
Selain Ferris Wheel, ada Pirate Ship, Flying Fox, Pirated Haunted Castle, Rock Climbing, 
Trampoline Bungee, Mad Bull dan Melaka River Cruise Jetty. 
Pirate Ship
Pada malam minggu atau cuti umum lokasi di sini memang penuh dengan pengunjung dan nak cari parking pun terpaksa tawaf beberapa kali.....nasib baik masa aku sampai di sana ada kereta yang nak keluar dari parkir.
Mad Bull

Pada malam itu juga ada pertunjukan api yang didatangkan khas dari A Farmosa Resort.
Ini first time aku tengok pertunjukan lebih kurang dalam 15 minit.  Tak boleh terlalu dekat sebab ada bau minyak tanah jer....... 

menjerit-jerit orang yang menaiki Pirate Ship ini



Pandu Arah

Kelihatan bot-bot yang melintasi di situ



Pertunjukan bermain dengan api




Rumah Hantu


Kelihatan lampu-lampu di bawah Jambatan Hang Tuah kalau naik bot mesti melewati di bawah jambatan ini

Sungguh cantik pemandangan di sini, memang penuh dengan lampu yang berwarna warni di deretan Sungai Melaka juga bangunan yang yang sejajar dengannya......


MP : Kadang-kadang kalau tak der parkir, cukup ler untuk pusing di kawasan ini jer.....