Wednesday, October 23, 2013

Fakta Menguap

Gambar hanya hiasan
Tahukah anda menguap sebenarnya boleh berjangkit. Tak percaya? Boleh try menguap tengok mesti member sebelah pun menguap jugak. Kajian menunjukkan 55% orang akan menguap selepas kawannya menguap.

Mendengar ceramah juga boleh mengakibatkan menguap.  Aku pernah mengikuti kelas untuk satu kursus semasa di factory dulu, time instructor kat depan beri penerangan aku yang kat belakang nie dah sangap tahap gaban, rasa nak tongkat jer mata ini dengan batang mancis. Tetapi aku rasa ramai orang pun sedemikian jugak.  Mengikut fakta masih belum ada kajian yang dibuat mengapa hal ini berlaku..

Secara saintifiknya pula menguap adalah kerana tubuh kekurangan oksigen. Oleh itu mulut kita secara automatiknya membuka ruang seluas-luasnya untuk mendapatkan oksigen, kalau tak percaya, cuba korang yang dah rasa nak mula menguap tu bangun sekejap, rehatkan diri...
lebih elok cari kawasan yang agak luas, tarik nafas panjang-panjang.
(melalui hidung ya)

Menguap Dalam Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari gangguan syaitan.
Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap : Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)


Hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana-mana bahagian).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab itulah ada orang terdengar hantu-hantu ketawa di bangunan baru ).

*******************************************
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sumber

MP : Semoga dapat dikongsi bersama demi kebaikan........(dah jangan nak sangap baca entry ini...pergi basuh muka cepat......)