Tuesday, October 22, 2013

Kek Butter Yang Simple Dan Sedap


Kek butter ini resepinya memang simple dan sedap.  Dah banyak kali aku buat.  Untuk kesekian kalinya masa kenduri rumah baru, aku ada buat 2 biji kek butter ini. Kek Butter ini menjadi pilihan dan mendapat pujian dari family.

Nah ini resepinya :

Bahan-bahan :
1 cawan Buttercup @ (250gm)
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 cawan Tepung superfine @ tepung naik sendiri
1 cawan susu segar / wholemilk
1 sudu esen vanilla
coklat rice (untuk hiasan)

Cara-Caranya:-

1.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Lenserkan @ sapukan buttercup @ mentega di sekeliling loyang.
2.  Pukul Buttercup dan gula kastor sehingga lembut dan menjadi putih.
3.  Pukul putih telur dan kuning telur secara berasingan sehingga kembang dan gebu.
4.  Masukkan esen vanilla dan digaul rata dengan senduk.
5.  Masukkan tepung dan dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hinggaa adunan sebati.
6.  Untuk hiasan letak coklat rice di atas permukaan kek.
7.  Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
8.  Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
  


Nota:
Untuk lebih moist, putih telur dan kuningnya dipukul berasingan dan lebih gebu kalau guna buttercup.
Apabila kita meleserkan buttercup @ mentega di acuan senang untuk diterbalikkan kek ke atas redai apabila ia sudah sejuk.
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil.

MP :  Tak sempat nak ambil gambar kek yang dipotong.....jom share resepi....